Saturday, March 9, 2013

tentang cita-cita

terasa kecil.segan.

mendengar seorang-seorang demi seorang menyatakan tentang cita-cita masing-masing.
kagum.


dan aku masih di posisi aku, menanti giliran untuk menyatakan cita-citaku pula. dalam kepala masih tercari-cari apa yang aku mahu sebenarnya dalam hidup ni ya?

bila tiba giliranku, masih belum ada jawapan.cuba menyusun baris-baris ayat untuk diluahkan.berat mulut untuk berkata-kata pada waktu itu.lalu aku hanya menjawab,

"hmm..apa yang saya rasa sekarang adalah ingin melakukan yang terbaik di posisi yang Allah letakkan sekarang sebab what we plant in the world, we will harvest it later in the akhirah insyaAllah.tu je."

segera menyerahkan giliran kepada orang sebelah kanan.it's not a cita-cita I think.itu hanya langkah-langkah menuju cita-cita mungkin?
apa cita-citanya?


sehingga pagi ini, ada rasa yang belum puas dalam diri ini. dan ada jawapan yang sebelum ini aku pernah sahaja merasainya tapi bukan itu yang terfikir ketika ditanyakan semalam.mungkin perasaan itu belum betul-betul terpahat dalam jiwa. arh.

cita-cita yang tersangatlah besar.
cita-cita yang dulu aku rasa 'ee.cliche nye orang baik-baik ni,sume sama je. entah tercapai entah tak'
cita-cita yang bukan calang-calang orang yang mampu mencapainya.


tapi itulah yang aku mahukan sekarang,di samping cita-cita lain yang aku ingin capai di dunia ni iaitu, tapi hanya satu yang paling aku ingini iaitu,

...

...

...

syahid di jalan. atau kata lainnya,
al-mautu' fi sabilillah.




sungguh.
syahid di jalan Allah yang aku mahukan.

cita-cita yang telah dicapai oleh sebahagian manusia yang hebat-hebat. sebagaimana jiwa-jiwa yang telah diabdikan di bumi yang aku diami sekarang.

Muadz bin Jabal,
Abdullah bin Rawahah,
Syurhabil bin Hasanah,
Amir bin Abi Waqas,
Jaafar at-Tayyar,
Abu Ubaidah,
Abu Darda',

semua figur-figur yang sudah melakukan yang terbaik di dunia hanya untuk mencapai cita-cita itu,dan kini aku pula ingin menapaki langkah-langkah mereka. biarpun ada suara-suara yang akan mengatakan,

"ey, impossible kot! belajar pun tak habis lagi, exam pun cukup-cukup makan sahaja, mutabaah amal pun tunggang terbalik, muwasofat pun tak cukup lagi, ada hati nak mati syahid. ingat main suka-suka nak letak cita-cita macam tu? tolonglah jadi realiti sikit."

suara itu pun telah kedengaran.suara pertama yang  mengatakan sebegitu hanyalah suara hati sendiri. yang dibisik-bisik oleh syaitan yang mencangkung di jurang hati setiap hati manusia. shhh.

tarik nafas panjang. bismillah. aku bercita-cita untuk mati

S.Y.A.H.I.D.

jika ada perbuatan ku yang masih compang-camping, tegurlah. jika ada kata-kataku yang hanya berlari laju tapi tak seiring dengan amalku, sedarkanlah. 

wassalam wbt.













Friday, November 23, 2012

burung ciak

poskad itu beralih dari satu tangan ke satu tangan.

"ha malam ni hafal siap-siap doa qunut nazilah ni.Esok kita baca dalam solat nak?"terdengar seorang bersuara. siapa yang mula-mula bagi idea ini saya tak perasan kerana tak memandang mereka yang tengah berkumpul di meja study mun.

 Doa qunut nazilah yang tertera pada poskad itu ditatap nadia ayat demi ayat.beberapa orang yang lain sibuk membelek pilihan poskad-poskad lain yang baru dipromosikan oleh mun.

saya yang tadi duduk kat meja study terus menoleh dan menyampuk,

"apa kata kita letak la kat hiasan sticker pokok kat depan tempat solat tu, nanti boleh tengok je kat situ"

"ala.tapi tak nampak. alang-alang ade sticky white board kat depan tu kita tulis besar-besar sebelum kita hafal." kata nadia.

semua setuju.

***

apa cerita boikot kau harini? saya bertanya dahulu. sejak beberapa hari ni, pasti ada isu boikot yang  dibangkitkan. isu yang mahu boikot ataupun tidak. sampai satu hari, dia belum menceritakan apa-apa pada saya.

"ahaha." Aifaa tergelak.

"aku suka la dengan cara afdlin shauki, orang sibuk suruh boikot tu, boikot ni, dia bagi alternatif terus. contoh orang tak nak makan McD, gi la makan kat NZ curry house. Kan bagus. Banyak je lagi pilihan-pilihan lain untuk orang yang memang high class sikit." Aifaa meyambung isu boikot yang ditanya saya tadi.

senyum.

***

elok-elok tengah sidai baju, teringatkan adik berdua yang datang sleepover dekat rumah. maka terimbaulah masa-masa di mana saya dan kawan-kawan masa kat intec dan masa mula-mula jejakkan kaki di sini dahulu. seorang-seorang nama dan wajah masing-masing dalam kepala otak. ada la dua orang yang terlebih menonjol dalam benak fikiran pada masa tu dan saya mula membandingkan mereka pada hari ini.

cantiknya masa berlalu.

mungkin la, tak nampak pun kesan kat palestin dengan apa yang tengah berlaku dalam situasi sekarang.

tapi isu palestin yang sebenarnya dah bertahun-tahun berlaku sejak dulu tu, tak seramai masa sekarang orang yang ambil tahu dan they try to give in something secara kecil atau besar. yang penting buat something.

itulah bezanya. boleh jadi, apa yang Allah nak tunjuk sekarang sebenarnya Allah tengah bukak pintu hidayah seluas-luasnya untuk digarap. contohnya, pakcik afdlin shauki. dia memang tak sependapat dengan kita bab cari rezeki nak ikut jalan yang mana, tapi bab palestin kita pun turut sokong dengan apa yang dia rasa.

moga dalam masa beberapa yang dah syahid macam Al-Jabari dengan beberapa yang lain itu, Allah ganti dengan manusia-manusia lain yang sedang usaha nak kembalikan islam. terbayang tak de la tu nanti syurga tu sunyi sepi kan? bukanke Allah cakap syurga tu seluas langit dan bumi? ^^

huhu. lama tak menulis. may Allah bless. jangan lupa baca kahfi! :)


p/s: ayat cerita atas tu tulis mana ingat je dan setelah digubah sikit. maklumlah memori ingatan tak berapa nak kuat .heh.

Sunday, October 28, 2012

dia mencari-cari tempat itu. tempat yang paling dia ingin-inginkan pergi selama ini. sebelum ini, dia hanya pandang dari jauh melihat seorang ahli keluarganya sampai. dan dia cuba meniru-niru gaya sepertimana kakaknya yang sudah sampai di sana. sebenarnya dia hanya merasakan apa yang dibuat oleh kakaknya di sana adalah sesuatu yang lebih baik untuk dirinya yang sudah meningkat dewasa. tak lebih dari itu.

tanpa disedari, dia sudah pun berada di tempat itu dan tanpa diketahui dia telah berada di tempat yang sama. pelik. ada di tempat yang sama, tetapi masih belum tahu di mana. apa yang dia tahu pada waktu itu adalah dia selesa dengan tempat itu dan ingin membiarkan dirinya terus berada di situ.

sampai satu masa, dia terpaksa berkorban. sedikit demi sedikit dan pada waktu itu, dia mulai tahu di mana dia berada. dirasakan, jalan yang dilihatnya kabur selama ini, terbuka satu persatu. walau dia tahu dia perlu berkorban, ada sesuatu yang mengubah jiwanya. dimensi hidupnya. iaitu keyakinan. bukan keyakinan yang menjanjikan wang ringgit atau pangkat, tapi keyakinan mendapat tempat di daerah sana. aamiin.



__________________________________________________________________________  


selalunya, apa yang Allah bagi adalah perkara yang tak disangka-sangka. ada doa dalam diam yang Dia kabulkan. ada mimpi yang Dia jadikan kenyataan. dan aku bersyukur untuk itu.

berapa banyak tempat, atau orang, atau apa-apa yang nak dibuat tiba-tiba ada depan mata. speechless? selalu sangat macam tu. sampai tak terluah. walhal reaksi tu langsung tak mencukupkan tanda kesyukuran untuk apa yang diberi.

kena latih diri jadi responsive. responsive dengan nikmat Tuhan.

bukan sekadar berpeluk tubuh, menikmati hari-hari tanpa perkara bermakna untuk dimanifestasikan untuk Dia.

sebab Dia dah letakkan manusia itu pada tempat yang sepatutnya manusia itu perlukan.


Saturday, October 20, 2012

short

memory of Masjid Umawi, Syria. 

"dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita menghadapi kesakitan (pula), sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah maha mengetahui, maha bijaksana" (An-Nisa:40)

masa perang badar & uhud, kedua-dua pihak; muslim dan quraisy pernah merasai kesakitan yang sama. berbezanya mereka adalah dari segi perasaan, pihak muslim ada Allah.

jahiliyyah pun bersusah payah sehabis baik nak jatuhkan islam, tapi bezanya orang beriman berusaha untuk kejar redha Allah.


___________________________________________________________

"yang qawiyy (kuat) itu terletak pada istiqamahnya dia kepada Allah."-quoted

err. nak istiqomah dalam menulis pun susah kan? lebih-lebih tulisan yang mampu menebus hati nurani.eceh.

huu.

nak sempurnakan semua benda dalam keadaan diri yang serba kurang,tak mudah.

___________________________________________________________

ayah dah bertolak ke baitul haram. nak ikutttt. one day insyaAllah:')


___________________________________________________________

dah nak exam dah. doakan!







Tuesday, September 18, 2012

mencari kemanisan





tona lautan hijau kebiru-biruan aku lihat jauh-jauh dari teluk Alma di pulau magnetik itu. sementara si teman sedang seronok bermain air. di kala angin bayu mengalun lembut wajahku,terasa ingin selamanya di situ sehingga senja dan hari-hari seterusnya untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhanku. realitinya, kini aku sudah pun di airport Doha untuk menunggu penerbangan ke Amman tengah hari nanti. tak mengapa, aku biarkan memori di situ menjadi bekal hari-hari yang mendatang.

pertemuan dengan lelaki itu adalah satu aturan Allah yang aku sendiri tidak jangkakan kerana pada awalnya aku lebih memilih untuk tidur lebih (huhu) dan membiarkan kakakku mengulang kaji pelajaran. manakan tidak cuti seminggunya habis digunakan untuk menemani dan melayan kerenah aku.hehe

ucapan pertama yang dia ungkapkan adalah "salam'alaykum". agak mengejutkan kerana ini adalah peluang pertama kaliku disapa oleh orang inggeris muslim sepanjang berada di benua Australia! tapi itu hanyalah angan-anganku yang mungkin tercapai entah bila. kerana dia bukanlah seorang muslim, tetapi seseorang yang bukan juga Atheis.Yang dia percaya, di sebalik alam ini, ada sesuatu yang menciptakannya dan dia juga tidak mengiakan kewujudan banyak Tuhan. subhanallah, tersangat hampir dengan ISLAM!

bila teringat tentang ini, lantas kisah Ibrahim yang tercatat di surah al-an'am ayat 76-79 bermain-main di mindaku.

disangkakan bintang yang berkilauan di kepekatan langit malam itu Tuhannya, tetapi menidakkan apabila ia terbenam di siang hari. Dilihat pula bulan yang menjadi penerang bumi di kala malam hari, dia juga menidakkan ia apabila terbenamnya bulan itu. tetapi apabila dia melihat matahari yang lebih besar dari keduanya tadi, dia fikirkan itulah Tuhannya. tetapi saat terbenamnya matahari di bawah garis ufuk di bahagian barat, dia termasuk orang yang menyekutukan Tuhan jika dia memilih untuk mengatakan itu adalah penciptanya. dan akhirnya Allah telah memilih Ibrahim sebagai orang yang berserah diri kepadaNya.

:')

apabila membaca ayat-ayat ini, tak dapat dibayangkan kesyukuran Ibrahim pada waktu itu. sungguh mengharukan saat Allah mengakhiri pencarian Ibrahim kerana kesungguhan dia untuk mendapatkan kebenaran. tetapi saat membaca kisah ini, sudah cukup bersyukurkah diri yang sudah dilahirkan daripada perut insan yang yang menganut agama Allah ini. dan bagaimana pulakah kisah lelaki tadi yang belum lagi mendapat hidayah dari Allah walaupun banyak tempat yang dia jelajahi, dihabiskan sisa-sisa hidupnya mencari Yang Satu? allahua'alam.

saat menjadi yang terpilih, mencari kemanisan dan menterjemahkannya pada amal-amal yang menuju redhanya adalah perkara yang aku ingin-inginkan daripada diriku. moga-moga.

jalan ini masih panjang! :)

hasbunallah wa ni'kmal wakil.

salam'alaykum.

p/s:jangan itu aksi cuti terlebih ni.