Wednesday, December 30, 2015

sedikit luahan

Saya selalu sukar untuk mengenal pasti perasaan atau terlebih dahulu merasai sesuatu perasaan namun cuba untuk menutupinya atau cepat-cepat ingin mengubahya - kerana takut untuk melalui hakikat perasaan itu, pada keadaan itu.

Situasi begini sering sahaja berlaku, (ahh) kerana menganggap dengan menutupi/mengubahnya, saya mampu untuk berdamai dengan keadaan. Sebenarnya lebih kepada ketakutan untuk melukai diri sendiri atau dengan kata lainnya, 'overprotective' dengan diri sendiri. Dan yang paling paling tidak menggembirakan saya  (dan juga orang lain), saya akan lebih tampak heartless walhal dalam hati sedang berperang dengan perasaan sendiri dan akhirnya menjadikan orang kedua yang sedang saya berinteraksi tertanya-tanya, tidak jelas, bingung dan terluka atas sikap saya yang angin tak tentu arah. Semua ini akan terjadi apabila saya susah nak terima keputusan orang lain sebab rasa diri sendiri dah fikir habis-habisan yang terbaik seterusnya saya akan mengambil keputusan untuk berdiam diri, memberontak dan dingin.

Maaf untuk yang terlibat, dan saya juga masih lagi dalam proses memahami jiwa sendiri.

Ditakdirkan entah bagaimana, saya menonton satu film yang berjudul 'Touched' yang mengisahkan seorang penulis yang sedang nazak menanti ajal kembali kepada hobi lamanya iaitu menulis (dan juga melukis) kerana mendapat sokongan daripada jururawat peribadinya. Kesannya, dia telah hidup lebih lama daripada jangkaan hayatnya walaupun dia membuat keputusan untuk menghentikan rawatan professional lebih awal! Rupa-rupanya dengan cara dia kembali menulis adalah sebaik-baik 'rawatan' untuknya.

Antara quotes Maria Boswell (pelakon utama) yang saya terkesan adalah;

"..kita tidak akan mengenali jiwa sebenar jika kita tidak meluahkannya"

Setakat ni, saya akan cuba belajar meluahkan dengan baik bermaksud walaupun mungkin akan masih tidak tepat, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengubah suasana menjadi lebih harmoni dan rahmah. Mungkin dengan diuji dengan kecelaruan sebegini sebenarnya saya perlu kembali menulis. (hahaaa akhirnya)

Saya yakin setiap manusia ada cara tersendiri untuk meluahkan perasaan masing-masing. Dek terlalu mengejar kesempurnaan, mungkin ada masa kita telah menipu perasaan, tetapi yang perlu bukankah menghayati perasaan yang sedang dilalui dan kendalikannya dengan baik sebagai cara win-win situation.

Benarlah, manusia itu diciptakan lemah -- akuilah dan terimalah. Jangan menganggap degan menjadi lemah kita akan kalah, tetapi percayalah dangan merasa lemah kita akan lebih merasa ada Yang Lebih Kuat, Lebih Melindungi, dan Lebih Kuasa dalam menentukan kehidupan kita - Allah.

Juga pada ayat ini,

"Sesungguhnya Allah membatasi manusia dan hatinya"

Saya dapat merasakan ayat ini bermaksud Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam hati kita dan apa yang kita zahirkan dan wajarlah kita sendiri tidak mengetahuinya sehinggalah Allah membenarkannya. Allahuakbar T.T

Baru juga tersedar, lahir pada akhir tahun ini ada hikmahnya (selain baru tahu yang tarikh lahir saya jatuh pada tarikh yang sama dengan Pak Anis Matta hahah) Antara hikmahnya, secara tidak langsung akan muhasabah umur sendiri dan juga sekaligus membuat muhasabah tentang tahun itu juga  (moga diizinkan.!)

Ada lagi sehari berbaki. Saya kira ini salah satu muhasabah terbesar saya untuk tahun 2015 dan umur 23 tahun ini. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki (termasuk cara tulis blog selepas dua tahun tidak menulis . ahah gelakkan diri sendiri lagi!)

Jumpa lagi (inshaaAllah)









No comments:

Post a Comment

comments