Thursday, September 29, 2011

summer getaway : puncak

impian itu memang sukar dicapai.seperti kaki yang berlari ke arah puncak, tetapi ditahan oleh pasir-pasir lembut yang menimbuskan. dikuatkan juga kaki untuk terus melangkah walau hembusan nafas makin kuat, degupan jantung makin laju. ada yang di depan yang telah hampir pun ke puncak, ada yang hanya beberapa langkah di depan, ada juga yang mengikut dibelakang dan ada juga tewas dipertengahan. 

terus melangkah, dan terus melangkah. semakin hampir puncak itu, angin pula cuba menguji.pandang ke bawah, jauh juga telah didaki. takkan perlu berhenti di sini? tak mungkin. suara teman di puncak kedengaran.perlu usaha sikit sahaja lagi ni. biar angin terus bertiup, biar pasir terus menimbus, biar tekanan semakin meninggi. akhirnya, tiba juga di puncak. walaupun sebenarnya puncak itu tidaklah setinggi mana, tetapi dah cukup beri satu kepuasan.

hakikatnya, bukan puncak yang ingin ditawan tetapi semangat itu yang ingin ditawan. walau apa badai yang datang, tetap kuat, tetap sabar, tetap teruskan. 

pasir yang tadi sibuk menggagalkan, akhirnya melekat juga pada kita, mengikut juga arah kita. angin yang tadi sibuk melengahkan, akhirnya menjadi pengubat letih kita. belum pula dikira tekanan yang tadi sibuk menerjah kita, akhirnya menjadi penguat kita!

summer getaway : masa dan langkah

assalam'alaykum.


wadi rum
16 sept '11

setiap masa dan langkah saya hanya minta diberkati Tuhan. biarlah sedikit tapi cukup berkat, cukup manfaat buat diri sendiri dan orang lain.

Tuesday, September 20, 2011

summer getaway : tranquility

video
 please ignore the background sounds:P

sekurang-kurangnya ini salah satu pengubat tenang bila melihatkan buku-buku tebal depan mata.
cabaran baru.go!

Sunday, September 18, 2011

ulangtahun pertama

hampir terlupa.

tepat setahun sudah. alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.

summer getaway : selfish

assalam'alaykum.

King Talaal Dam Water

katakanlah (Muhammad), "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir? " (67:30)

kadang-kadang manusia sangat pentingkan diri sehingga lupa bahawa ada Tuhan yang lebih berkuasa dari segala-galanya.

tak perlu tamak, biarlah sekadar mencukupi. Biar sedikit tetapi berkat.

"Halaal is halaal, haraam is haraam. I never worked to get rich, I just work for living. That's enough."

ayat pemandu kami. (lebih kurangla.heh.)

saya baru tahu pemandu a.k.a tourist guide a.k.a muroqib kami bukanlah pelajar di universiti. hanya pelajar yang belajar melalui kehidupan. yang paling saya kagum,dia tidak perlu belajar tinggi tapi dia cukup tahu nak menghargai!

menghargai alam.
menghargai masa.
menghargai kehidupan.

hmmph. 

 Wadi Al-Haydan. first time tengok orang memancing kat jordan. maklumlah aqabah pun saya tak sampai lagi.heeh.

Wadi Al-Haydan. antara empangan yang menjadi sumber air di Jordan.

pertama kali berjalan-jalan tanpa kamera. handphone jadi penyelamat. itupun perlu save battery. aaa.

***

Masa depan umpama bukit-bukau di depan mata,
tidak dapat dijangka apa isi disebaliknya.


selamat melalui perjalanan baru esok hari ^^

p.s:cuti dah habis.tssk. dan...ayat-ayat saya terabur-.-"

Sunday, September 11, 2011

Laman rumah

Tenang.
Angin bertiup. Nyaman sungguh.
Redup je berteduh di bawah pohon kertas ni.
Elok jugak nasib kena duduk luar rumah sebab tak bawak kunci.heh;)

Friday, September 9, 2011

serah

last june;way back to malaysia.

wahai Tuhan jangan Engkau serahkan diriku
ini kepadaku, aku tak mampu menguruskannya,
dan jangan Kau serahkan diriku kepada orang lain,
kerana mereka akan mensia-siakan aku.
dan kau tolonglah uruskan diriku ini.

ameen.

dipetik dari video dr maza tapi tak ingat doa dari siapa. kalau tahu boleh tolong bagitahu? syukran:)
________________________________________________________________________________


bila sibuk bila lapang,
bila duka bila suka,

bila penat bila rehat,
bila sakit bila sihat,

bila hidup bila mati.

aku serah,
sepenuhnya.

________________________________________________________________________________

lately, selalu sangat rasa terpanah. terpanah dengan kata-kata orang ini dan orang itu.rasa terlampau banyak yang saya silap.kan dah kena.padan muka T__T

Sunday, September 4, 2011

lain benua

assalm'alaykum

rindu tak terkata T.T

i'm just too weak.
too weak to wipe your tears,
too weak to be on your side,
too weak to do anything.
i'm so sorry.

if i could see you now,
i want to give you a sun,
to light up your day,

if i could see you now,
i want to give you a moon,
to light up your night.

if i could see you now,
i want to give you a rainbow,
to paint your day

but it's just 'if i could see you now' 

for you kakak,
with love,hugs and kisses from your adik here. 

***

Allah has planned the best for us,
He puts us away
for us to learn how distance can make two hearts close.
be strong baby!

cant wait for june. minta dipermudahkan!


Thursday, September 1, 2011

eid mubarak,

 Assalam'alaykum.

memilih untuk tidak beraya dengan keluarga, saya harap bukanlah sesuatu yang kejam untuk keluarga saya walaupun saya pernah berniat untuk pulang beraya di m'sia.paling penting si ibu awal-awal sudah merestui untuk tidak menemaninya raya kali ni. goyah juga hati melihat seorang-seorang teman saya membeli tiket pulang, malah menghantar mereka ke airport dan menyambut kedatangan keluarga salah sorang teman saya.oh dikira itu waktu paling mencabar! heh.

alhamdulillah,semuanya tidaklah seteruk mana bila dah lepas satu fasa; iaitu fasa detik-detik aidilfitri; mendengar takbir raya, memasak sehingga tidak tidur dan sehinggalah pagi raya. cuma perkara yang paling kesal sehingga hari ini, saya tidak sempat mengejar solat sunat aidilfitri dan buat saya rasa mahu saja campak diri ke laut T.T (kalau ada ibu, pasti dah dikejut awal-awal dan disuruh bergegas!)



terima kasih, teman-teman yang saling menguatkan. walaupun ada juga satu dua titis air mata yang jatuh ke bumi, itu bukan penghalang untuk sama-sama bertahan untuk kali pertama ini.heh.

jemputan pula tak putus-putus,alhamdulillah. ada juga masa nak bersembang panjang, dan merapatkan hubungan antara satu sama lain:)

houh.dah macam laporan hari raya pula eh^^'

alhamdulillah,berkat doa dari keluarga,teman dan kalian. insyaAllah, bakal melangkah ke tahun dua beberapa minggu lagi. hadiah adilfitri saya tahun ini:')

Happy Eid Mubarak!
celebrating eid in Jordan and i'm okay. *senyum ihklas*
sorry for all wrongdoings.

may this eid won't let us astray from Him.
with love from Jordan<3

sengaja biarkan rindu itu datang bertamu agar kasih itu tidak akan pernah jemu:)