Thursday, September 29, 2011

summer getaway : puncak

impian itu memang sukar dicapai.seperti kaki yang berlari ke arah puncak, tetapi ditahan oleh pasir-pasir lembut yang menimbuskan. dikuatkan juga kaki untuk terus melangkah walau hembusan nafas makin kuat, degupan jantung makin laju. ada yang di depan yang telah hampir pun ke puncak, ada yang hanya beberapa langkah di depan, ada juga yang mengikut dibelakang dan ada juga tewas dipertengahan. 

terus melangkah, dan terus melangkah. semakin hampir puncak itu, angin pula cuba menguji.pandang ke bawah, jauh juga telah didaki. takkan perlu berhenti di sini? tak mungkin. suara teman di puncak kedengaran.perlu usaha sikit sahaja lagi ni. biar angin terus bertiup, biar pasir terus menimbus, biar tekanan semakin meninggi. akhirnya, tiba juga di puncak. walaupun sebenarnya puncak itu tidaklah setinggi mana, tetapi dah cukup beri satu kepuasan.

hakikatnya, bukan puncak yang ingin ditawan tetapi semangat itu yang ingin ditawan. walau apa badai yang datang, tetap kuat, tetap sabar, tetap teruskan. 

pasir yang tadi sibuk menggagalkan, akhirnya melekat juga pada kita, mengikut juga arah kita. angin yang tadi sibuk melengahkan, akhirnya menjadi pengubat letih kita. belum pula dikira tekanan yang tadi sibuk menerjah kita, akhirnya menjadi penguat kita!

4 comments:

comments