Tuesday, September 18, 2012

mencari kemanisan





tona lautan hijau kebiru-biruan aku lihat jauh-jauh dari teluk Alma di pulau magnetik itu. sementara si teman sedang seronok bermain air. di kala angin bayu mengalun lembut wajahku,terasa ingin selamanya di situ sehingga senja dan hari-hari seterusnya untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhanku. realitinya, kini aku sudah pun di airport Doha untuk menunggu penerbangan ke Amman tengah hari nanti. tak mengapa, aku biarkan memori di situ menjadi bekal hari-hari yang mendatang.

pertemuan dengan lelaki itu adalah satu aturan Allah yang aku sendiri tidak jangkakan kerana pada awalnya aku lebih memilih untuk tidur lebih (huhu) dan membiarkan kakakku mengulang kaji pelajaran. manakan tidak cuti seminggunya habis digunakan untuk menemani dan melayan kerenah aku.hehe

ucapan pertama yang dia ungkapkan adalah "salam'alaykum". agak mengejutkan kerana ini adalah peluang pertama kaliku disapa oleh orang inggeris muslim sepanjang berada di benua Australia! tapi itu hanyalah angan-anganku yang mungkin tercapai entah bila. kerana dia bukanlah seorang muslim, tetapi seseorang yang bukan juga Atheis.Yang dia percaya, di sebalik alam ini, ada sesuatu yang menciptakannya dan dia juga tidak mengiakan kewujudan banyak Tuhan. subhanallah, tersangat hampir dengan ISLAM!

bila teringat tentang ini, lantas kisah Ibrahim yang tercatat di surah al-an'am ayat 76-79 bermain-main di mindaku.

disangkakan bintang yang berkilauan di kepekatan langit malam itu Tuhannya, tetapi menidakkan apabila ia terbenam di siang hari. Dilihat pula bulan yang menjadi penerang bumi di kala malam hari, dia juga menidakkan ia apabila terbenamnya bulan itu. tetapi apabila dia melihat matahari yang lebih besar dari keduanya tadi, dia fikirkan itulah Tuhannya. tetapi saat terbenamnya matahari di bawah garis ufuk di bahagian barat, dia termasuk orang yang menyekutukan Tuhan jika dia memilih untuk mengatakan itu adalah penciptanya. dan akhirnya Allah telah memilih Ibrahim sebagai orang yang berserah diri kepadaNya.

:')

apabila membaca ayat-ayat ini, tak dapat dibayangkan kesyukuran Ibrahim pada waktu itu. sungguh mengharukan saat Allah mengakhiri pencarian Ibrahim kerana kesungguhan dia untuk mendapatkan kebenaran. tetapi saat membaca kisah ini, sudah cukup bersyukurkah diri yang sudah dilahirkan daripada perut insan yang yang menganut agama Allah ini. dan bagaimana pulakah kisah lelaki tadi yang belum lagi mendapat hidayah dari Allah walaupun banyak tempat yang dia jelajahi, dihabiskan sisa-sisa hidupnya mencari Yang Satu? allahua'alam.

saat menjadi yang terpilih, mencari kemanisan dan menterjemahkannya pada amal-amal yang menuju redhanya adalah perkara yang aku ingin-inginkan daripada diriku. moga-moga.

jalan ini masih panjang! :)

hasbunallah wa ni'kmal wakil.

salam'alaykum.

p/s:jangan itu aksi cuti terlebih ni.




1 comment:

comments