Thursday, September 1, 2011

eid mubarak,

 Assalam'alaykum.

memilih untuk tidak beraya dengan keluarga, saya harap bukanlah sesuatu yang kejam untuk keluarga saya walaupun saya pernah berniat untuk pulang beraya di m'sia.paling penting si ibu awal-awal sudah merestui untuk tidak menemaninya raya kali ni. goyah juga hati melihat seorang-seorang teman saya membeli tiket pulang, malah menghantar mereka ke airport dan menyambut kedatangan keluarga salah sorang teman saya.oh dikira itu waktu paling mencabar! heh.

alhamdulillah,semuanya tidaklah seteruk mana bila dah lepas satu fasa; iaitu fasa detik-detik aidilfitri; mendengar takbir raya, memasak sehingga tidak tidur dan sehinggalah pagi raya. cuma perkara yang paling kesal sehingga hari ini, saya tidak sempat mengejar solat sunat aidilfitri dan buat saya rasa mahu saja campak diri ke laut T.T (kalau ada ibu, pasti dah dikejut awal-awal dan disuruh bergegas!)



terima kasih, teman-teman yang saling menguatkan. walaupun ada juga satu dua titis air mata yang jatuh ke bumi, itu bukan penghalang untuk sama-sama bertahan untuk kali pertama ini.heh.

jemputan pula tak putus-putus,alhamdulillah. ada juga masa nak bersembang panjang, dan merapatkan hubungan antara satu sama lain:)

houh.dah macam laporan hari raya pula eh^^'

alhamdulillah,berkat doa dari keluarga,teman dan kalian. insyaAllah, bakal melangkah ke tahun dua beberapa minggu lagi. hadiah adilfitri saya tahun ini:')

Happy Eid Mubarak!
celebrating eid in Jordan and i'm okay. *senyum ihklas*
sorry for all wrongdoings.

may this eid won't let us astray from Him.
with love from Jordan<3

sengaja biarkan rindu itu datang bertamu agar kasih itu tidak akan pernah jemu:)

8 comments:

  1. 'walaupun ada juga satu dua titis air mata yang jatuh ke bumi'

    kan dah pesan jangan nangis.
    :)

    ReplyDelete
  2. heh.sikit je tu. okay je lepastu:)

    ReplyDelete
  3. *geleng geleng kepala*

    Tak lah best mana raya kat sini. Jangan fikir sangat;)
    R****~

    ReplyDelete
  4. tahun lepas akk2 6th year buat open house yg best! n raya ketiga ada akad nikah kak annis athirah n snr firdaus ;)
    raya kat irbid is not bad at all, lose some, get some, insyaAllah kheir..ada hikmah disebalik smuanya..tc, shr mzb~

    ReplyDelete
  5. meng : yeke tak besst? waaaaaaa

    aisyah :ha.cecepat balik sini:P

    kak farah : ouuh. haha.setahun dah. kak anis tunggu masa je tu. yupp, betul sangat. meriah je kat sini. kalah malaysia.hihi.InsyaAllah:) thanks kak farah:D

    ReplyDelete
  6. nangis ke??? asal aku x nmpk pon? haha

    ReplyDelete
  7. suka semua yang tamie tulis : )
    Selamat Hari Raya honey!

    ReplyDelete

comments