salam'alaykum.
1.perasaan mahu menulis saya tak tahu hilang di mana. mungkin tertinggal masa bercuti tempoh hari.heh. cerita cuti masih belum dapat dicoretkan lagi.elok disimpan dalam catatan.tunggulah bila saya punya masa yang sesuai,insyaAllah.cuma, satu perkataan yang boleh saya gambarkan tentang perjalanan saya adalah cinta.
oh diriku sayang,
aku berkata, engkau dengarlah,
carilah Tuhanmu, dimana pun kau berada,
letakkanlah Tuhanmu ke dalam hatimu,
resapkanlah jiwamu dengan cinta Tuhanmu,
semaikanlah cinta untuk Tuhanmu,
dan lahirkanlah cinta itu untuk Tuhanmu.
coretan terakhir semasa muhasabah perjalanan.
2.selepas perjalanan Allah hadiahkan pula tetamu dari bumi misr di rumah kami. bertambah bilangan ahli rumah seminggu. hampir dua minggu berlalu, saya rindu mereka.
satu perkataan yang boleh saya gambarkan tentang mereka adalah positif. mereka melihat kehidupan dari kaca mata positif yang menyebabkan saya tercari-cari perasaan itu. satu perasaan yang akan buatkan rasa takkan bosan untuk terus melangkah, takkan menyesal dengan apa yang dah diberi, takkan sedih dengan apa yang menimpa,dan takkan penat buat apa yang Allah suruh.senyum positif ^^
3.beberapa hari lepas saya baru berjumpa dengan seorang ukht dari china.pure chinesse.pada awal pertemuan perasaan saya berbaur-baur juga.tambahan saya yang susah nak berkomunikasi dengannya atas sebab bahasa arab saya yang err..
selepas perkenalan kami yang bersaksikan surah al-jinn, perasaan tadi pudar malah bertukar menjadi sayang. sayang kerana dia macam rama-rama yang comel and bersedia keluar dari kepompong untuk melihat dunia-dia keluar dari ruangan selesa bersama teman segenara di mantiqah lain semata-mata ingin membawa sesuatu yang berharga (yang utama:berbahasa arab) untuk dibawa pulang ke tanah air.
senaif-naif dia pun, saya rasa dia hebat. salah satunya apabila saya tanya kenapa pilih jordan? jawapannya, dia tidak pilih mesir kerana bahasa amminya yang sangat ammi akan menyebabkan dia susah untuk belajar bahasa arab, tidak pula Dubai kerana kos hidup yang tinggi, syria pula dengan keadaan yang tak stabil. dan ada beberapa lagi soalan lain.semuanya dia jawab dengan reason yang kukuh.dia membuatkan saya rasa Allah dah letak saya di tempat yang kalau diberi pilihan, orang pilih tempat tu. kalau tak bersyukur lagi, tak tahu nak kata apa.
eh panjang jugak.
saya doa permata ini akan berkilau di sebalik pasir yang menimbusnya apabila dia pulang nanti.insyaAllah.
mungkin saya boleh letak perkataan yang paling sesuai untuk saya gambarkan dia adalah permata.
alhamdulillah. rupanya perasaan menulis tak hilang ke mana.obviously.
buat dua orang yang di aussie sana,
yang baru sampai tu jaga diri, ingat pesanan. tengok scrapbook kalau rindu>,<
yang dah lama sampai, tapi baru lalui fasa hidup baru, jangan lupa cerita.
ha.jangan lupa,doakan saudara kita di syria.
p/s: masalah keselamatan macam virus. satu datang, invade semua. take care.
menanti coretannya.
ReplyDeleteops.
ReplyDelete..tunggulah bila saya punya masa yang sesuai,insyaAllah".