Sunday, February 5, 2012

bila paksa diri something sebab rasa that thing yang buat diri ni gembira sangat tak sama bila buat something yang memang boleh rasa tenang tanpa dipaksa.

tak sedar sebenarnya Allah tak suruh pun buat, tapi degil jugak nak buat. padan muka.

then sendiri rasa menyesal dan baru la lari-lari  minta kat Allah nak buat apa untuk overcome balik perasaan tu. alhamdulillah, still ada Allah untuk bagi ilham. rasa macam ada lampu kelip-kelip keluar dari kepala.heh.

macam kanak-kanak, buat salah, minta maaf, buat lagi, minta maaf lagi, buat lagi, minta maaf lagi sampai sampai mati pun. mampu ke diri ni untuk tak letih memohon? sebab nak tadah tangan dan mohon doa itupun satu kurniaan Allah. 

cuma kadang-kadang rasa mampu je nak buat. tapi sebenarnya tak pun. perlukan mujahadah, perlukan something yang betul-betul boleh tolak diri untuk berdoa. tak aci kalau hanya hafalan doa, tapi nak rasa doa yang betul-betul ikhlas dari celah hati ni T__T

sedar tak sedar sebenarnya Allah tengah tunjuk kat diri ni,yang sebenarnya everything yang tenang tu adalah bila buat benda yang Dia suka. bukan apa yang diri sendiri suka. boleh nak rasa suka, tapi kena drive rasa suka apa yang Tuhan suka. itulah sepatutnya. 

kena tanam rasa suka macam tanam pokok.penjagaan yang rapi, perlu biji benih, perlu air, perlu udara, matahari, suasana yang membantu. baru pokok dapat tumbuh cantik and membuahkan hasil yang memuaskan:)

rasakanlah hidup seperti sedang memandu satu perjalanan pulang yang berbatu-batu jauhnya, yang perlu lalui setiap likunya, anginnya, bukitnya, padang pasir sekalipun kerana kita mahukan sebuah destinasi yang menjadi tempat rehat paling indah untuk diduduki selama-lamanya.

moga Allah terus bagi petunjuk untuk kita melalui jalan pulang ini insyaAllah^^

No comments:

Post a Comment

comments