terus melangkah, dan terus melangkah. semakin hampir puncak itu, angin pula cuba menguji.pandang ke bawah, jauh juga telah didaki. takkan perlu berhenti di sini? tak mungkin. suara teman di puncak kedengaran.perlu usaha sikit sahaja lagi ni. biar angin terus bertiup, biar pasir terus menimbus, biar tekanan semakin meninggi. akhirnya, tiba juga di puncak. walaupun sebenarnya puncak itu tidaklah setinggi mana, tetapi dah cukup beri satu kepuasan.
hakikatnya, bukan puncak yang ingin ditawan tetapi semangat itu yang ingin ditawan. walau apa badai yang datang, tetap kuat, tetap sabar, tetap teruskan.
pasir yang tadi sibuk menggagalkan, akhirnya melekat juga pada kita, mengikut juga arah kita. angin yang tadi sibuk melengahkan, akhirnya menjadi pengubat letih kita. belum pula dikira tekanan yang tadi sibuk menerjah kita, akhirnya menjadi penguat kita!