Sunday, August 7, 2011



nampaknya susah juga nak post hari-hari.fuhh.

Friday, August 5, 2011

Thursday, August 4, 2011

sunat tarawikh


Assalamualaikum.macam sesuai je dengan beberapa status kawan-kawan di fb malam ni.ramai duk cakap pasal terawikh kat mana semua. bagi saya mana-mana pun asalkan kita bertarawikh dah ok dah.yang penting kita ikhlas nak beribadat:) tiba-tiba teringat perangai orang yang suka pertikaikan solat sunat, yang wajib tu taktahu dah cukup sempurna ke belum. semoga kita tak tergolong la dalam kumpulan tu yee.

tapi yang paling penting lagi. saya gembira sangat malam ni. saya bertarawikh dengan mej sitte yang tersayang. terima kasih semua. semoga ukhuwwah kita berkekalan hingga ke syurga! <3

hujung-hujung minggu ni seronok jugak kalau dapat luangkan masa menjala ikan, taklah asyik memancing ikan je kan?

*menjala ikan dianalogikan dengan menjala pahala. lebih banyak berbanding memancing pahala.

jom jom!

Wednesday, August 3, 2011

terlupa

assalamualaikum.

ni semalam punya tapi terlupa nak post.


dan ni baru hari ni punya.


selamat beramal!

Monday, August 1, 2011

ramadhan = panas terik

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Allah sampaikan juga ramadhan kepadaku.rasanya lain sungguh. lebih teruja.bukan hanya kerana suasananya, tapi kerana memahaminya.insyaAllah:)

Ramadhan.

hadiah buat semua muslim.
bila amalan dilipatgandakan ganjarannya.
dosa pula diampunkan.
musuh ketat dibelenggu.

namun ramadhan bukanlah Tuhan untuk dipuja
hanya bersungguh-sungguh melakukan amal sementara bulan ini
bukan hanya sekadar mengumpul pahala sebanyak mungkin
untuk dihabiskan untuk dosa-dosa pada bulan-bulan yang lain

ramadhan adalah wasilah dan tarbiyyah
untuk ditingkatkan taqwa, dibaiki iman dan
persediaan bagi menghadapi perjalanan pada bulan-bulan seterusnya.

peringatan ramadhan dari teman mu'tah.terima kasih^^
biar jauh langkahmu, Allah mengira semuanya!

*maksud bulan ramadhan adalah bulan panas terik.

buat ahli bayt Adrenaline, teruskan semangat ramadhan hingga ke akhirnya. saya tak mampu lakukan seorang

note to myself : biarlah hijrah kecil ini berterusan. moga Allah redha:)