salam'alaykum.
kalau musim sejuk yang lepas, adalah musim saya mengajar hati saya untuk mencuba,musim bunga pula membawa hati saya untuk terus dikuatkan,maka mungkin musim panas ini, mengharapkan hati saya untuk dibersihkan. kalau boleh mahu saja dibersihkan, secuci-sucinya sebelum tiba ramadhan. nak hilangkan segala debu-debu yang dibawa tiupan angin musim ini.bermusim sungguh!heh.
terbayang pohon kertas di halaman tepi rumah, masih kekal begitu.berimbun bunganya,sentiasa segar daunnya. iman juga seharusnya begitu dan tidak mengenal musim.hati ibarat rumah, manakala iman ibarat penghuninya.selagi iman masih menjadi penghuni setia rumah hati, dikencang sekuat mana pun ujian memukul rumah, masih ada iman yang akan melindungi daripada terus roboh dan hilang harapan.
sepanjang musim panas ini, saya kira rumah hati saya dilanda dua hari bermakna-hari hujan dan hari yang dipenuhi kepulan-kepulan awan.
semoga hujan kelmarin, membersihkan rumah hati saya, agar iman si penghuni selesa mendiaminya,
semoga redup kelmarin, tidak memudarkan warna rumah hati saya agar iman si penghuni tidak jemu dengannya.
siapa sangka, dalam musim sepanas ini, Allah berikan kejutan yang tidak disangka hanya untuk lebih menghargai dan merindukanNya.Alhamdulillah:)
are-iiinnnn..:'(
ReplyDeletesebak bace..terbayang,kalaulah iman tu bleh dilihat,agak2nye mcm mne la bentuk 'rumah' itu..huu
moga Allah xtarik rasa dan sentuhan iman yg Dia bagi.
secuci-sucinya. terbelit lidah nk melafazkan..huhu
ReplyDelete