Wednesday, June 6, 2012

sayuu

dari jauh melihat barisan para graduasi itu.melihat dengan senyum panjang, dan kesyukuran dalam hati.

"dah tiba dah masa mereka".

sorakan kegembiraan berterusan apabila satu-satu nama new doctors disebut.

tah.tiba-tiba rasa angin senja memedihkan mata. menyebakkan rasa. oh tak lama lagi, mereka akan pulang ke tanah air.saat yang ditunggu-tunggu keluarga dan masyarakat.

tapi yang di sini, kalau boleh nak biar mereka terus di sini. mana taknya, umur mereka sebaya dengan kakak kandung sendiri. memang sesuai lah jadikan mereka macam kakak sendiri. heh.

mase kecik-kecik dulu, (masa baru sampai) merekalah yang pertama menyambut, merekalah yang melayan kerenah, mereka juga lah yang membawa jalan-jalan. pernah sekali, teringin sangat nak pergi ke umm qays, dan si kakak jugalah yang berusaha sedaya upaya ada kan masa untuk pergi ke sana. hewhew:')

dan yang paling penting, mereka jugalah yang memulakan sesuatu dalam diri ini.

memperkenalkan erti sebuah kehidupan.

kehidupan mengenal semula Allah.
kehidupan mengenal semula tujuan hidup untuk beribadah dan khalifah.

alhamdulillah:')

*********************************************************************************

first-timer

sambil bersiap-siap, sempat bertanya pada si kakak.

"akak, susah jugak kan nak buat benda yang pertama kali kita nak buat?"

"tapi segala-segalanya bermula dengan langkah pertama." dia menjawab ringkas sambil tersenyum.

betul. kalau tak cuba, memang takkan buat sampai bila-bila. tetapi langkah pertama tanpa sokongan orang sekeliling. nah, mungkin sekejap sahaja akan terjatuh semula. bayangkan sahaja anak kecil yang mahu belajar bertatih, begitulah juga perasaannya. berdiri jatuh bangun semula berdiri jatuh bangun semula sampai pandai berjalan, dan sehinggalah berlari.

moga-moga larian dalam kehidupan ini tak menemui jalan penat lelah.seorang teman berkongsi , dalam penat lelah itulah sebenarnya kerehatan seorang da'ie.

dai'e untuk diri sendiri.
dai'e untuk orang lain.

moga-moga.

..kerana Allah itu tujuanku:')

salam'alaykum.

p/s: nama blog baru.peace^^V

4 comments:

  1. mabrook name baru :)

    twenty four seven..full-timer daie iAllah.

    ReplyDelete
  2. boleh tambah max dekat depan nama blog. haha

    ReplyDelete
  3. kak ayuni: alhamdulillah:)

    hazen: cambest. blh jgk-.-"

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah hari awak pun akan smpi nk nama & title Dr tu disebut :')

    ReplyDelete

comments