awalnya, dia yang bertanya saya tapi saya masih belum dapat menjawab pertanyaan pada masa itu.malah saya pula menanyakan soalan itu kembali pada dia.
"ape yang akak dapat mase dekat jordan hari tu?"
"masa saya pergi ke makam-makam sahabat kat jordan yang paling saya terkesan. saya rasa macam nak terjun je dalam makam tu."
"kenape pulak?"
"bayangkan mereka tu tentu-tentu syahid.dan lepas tu juga saya dapat kekuatan baru untuk buang apa yang saya patut buang dari diri saya."
lama saya fikir tentang jawapan dia malam itu.sebabnya, saya rasa dia macam dah cukup semuanya. ada lagi ke bahagian dari dirinya yang perlu dibuang jauh-jauh.emm.
****************
rasa macam tak peka langsung dengan jiran sendiri. ingatkan tragedi sembelih-sembelih tu baru-baru je berlaku.dah hampir berbulan-bulan dah pun.ingatkan rejim assad tu kejam tahap bom dengan tembak je.sekali lagi dasyat dari tu.Allah..
hari ni,hidup macam penuh nikmat,pergi kelas 45 minit dah balik rumah semula tanpa sebarang halangan. sekurang-kurangnya masih ada tempat nak pulang, rehatkan diri.lebih-lebih musim panas sekarang.memang rasa 'reheat' dalam microwave bila duduk dalam coaster sementara tunggu penumpang lain.
kalau nak diikutkan, jarak Jordan-Syria berapalah sangat.kalau dari Amman ke Damascus tu, KL dengan JB pun lagi jauh. Tapi kehidupan antara penduduk dua negara ni, amatlah berbeza. yang dekat Jordan, masih boleh lagi pergi uni, jalani hidup macam biasa. tapi yang dekat Syria, manusia saling berbunuhan. nak pergi uni?
Jordan-Syria border
kerana hanya kita dipisahkan dengan border.
kerana hanya kita lain pemerintah.
oh tak adilnya!
*****************
patutlah.
memang patutlah dia teringin nak terjun dalam makam tu.para sahabat dulu, sanggup syahid nak pertahankan islam. sekarang, lebih dari 8000 orang islam di syria meninggal dunia, umat islam yang lain tak mampu pun nak pertahankan.
T.T
"manusia bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari kiamat.Katakanlah, "ilmu tentang hari kiamat itu hanya disisi Allah."Dan tahukah engkau boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya."(33:63)
yang pastinya,islam memang dah dijanjikan menang suatu hari nanti apabila kiamat hampir menjelang.kalau zaman Allah turunkan ayat ni,Allah kata kiamat sudah dekat waktunya, dah tentu waktu sekarang hari kiamat lebih dekat, dan kemenangan islam pun dah makin dekat. tak terujakah?
at the end of the day, we decide. nak jadi those spectators or being a part of the winning team?
taken by pakcik polaroid at Damascus, in front of Salahuddin Al-Ayyubi monument one time ago
wallahua'lam.salam'alaykum.