Wednesday, January 4, 2012

susah

lama perhatikan langit biru yang terbentang luas di hadapan mata, menurunkan sedikit pandangan pada  rumput-rumput hijau yang mulai tumbuh menutupi ruang-ruang tanah sepanjang perjalanan pulang dari universiti. hari yang cantik. matahari riang menyinari, sebahagian cahayanya dilindungi kepul-kepul awan putih, meredupkan bumi.

memandang semula pada langit, bukankah ciptaannya lebih susah berbanding ciptaan manusia?

tetapi kenapa pula kita yang diangkat sebagai khalifah?

kerana ciptaannya yang susah itulah disediakan untuk manusia.digunakan untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat daripada tanggungjawab si langit.


tak serupakah macam kita nak jadi dentist yang perlu belajar benda yang susah?


menjawab soalan-soalan tentang penyakit tadi yang tersangatlah.........
Dia tunjukkan ilmunNya sedikit pun tidak pisahkan kita dengan Dia:)

p/s: musim-musim exam ni kakak-kakak buat terharu la. semalam donut, harini cupcake.syukrannnnn! serius orang ada buah hati (lain jantina) pun tak boleh dapat camni. senyum sinis;)

3 comments:

comments