assalam'alaykum.
tak sangka, seminggu lebih dah pun selesai paper terakhir untuk sem satu. means, seminggu lebih jugak, dapat bebaskan diri dari duduk kaku menghadap buku. eh tak. ada je gerak-gerak. tak tertahan kot musim sejuk ni kalau duduk diam.
bahagian belajar ilmu dunia telah pun Allah mudahkan.lancarkan.ada juga liku-liku sikit. naik turun jiwa dengan pencapaian diri. lumrah. sesuatu yang dapat tanpa usaha tak rasa kemanisan susah payah tu. sedikit pun tak sesal dengan apa yang Allah dah bagi. boleh kata musim exam masa paling sesuai top-up semula ibadah one-to-one with Allah. kadang-kadang tak sempat nak buat sebab lepas exam memang boleh jadi lagi sibuk and banyak sangat plan. bila habis exam rasa nak keluar and jumpa semua orang lepas berapa lama duk hadap benda tak bernyawa kan. tu lebihnya exam.alhamdulillah.
cuti pula masa nak kutip balik apa-apa yang tertinggal untuk dijadikan bekalan jalan ke sorga.heh. cuma yang dimohonkan agar ditetapkan hati, dikuatkan iman sepertimana ashabul kahf yang diceritakan dalam surah al-kahfi;
"sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka." (18:13)
am melting.
Allah is the sweetest. once seseorang tu beriman, Allah akan tambahkan lagi petunjuk. Allah takkan tarik petunjuk selagi dia beriman.so sangatlah untung jika berjual-beli dengan Allah and nothing could beat His deals! bayangkan, keinginan diri untuk bermalas-malasan, bersuka-suka tanpa arah tuju and bawa kepada kelalaian tu, kalau dikorbankan untuk kebaikan akan digantikan dengan sesuatu yang lebih besar iaitu Jannah.
"sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai janji) yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjiNya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itu lah kemenangan yang agung." (9:111)
subhanallah.
but,
"dan janganlah kamu jual perjanjian dengan Allah dengan harga yang murah, kerana sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. apa yang ada di sisimu akan lenyap. dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan Kami akan pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (16:95-96)
inilah rahsia sahabat-sahabat dan para syuhada' yang membuatkan mereka hebat dalam agama. menggunakan surat cinta Allah sebagai penaik semangat agar rantaian deen islam tak terputus di muka bumi. letaknya al-quran bukan hanya pada ungkapan atau tulisan, tapi disemat dalam hati.jarak masa kita dengan sahabat sangatlah jauh beza, tapi matlamat masih sama. mengimpikan pertemuan dengan Pencipta. mana mungkin kita boleh bersenang-lenang bukan.
saya makin teruja dengan surat cinta Allah ni. jujurnya masih lemah diri saya menghafaz sepenuhnya ayat-ayat Allah. tapi biarlah sebahagian ayat-ayat menjentikkan hati saya untuk terus mengimani Allah dan Rasul.
moga Engkau sentiasa mengilhamkan aku untuk sentiasa bersyukur atas segala nikmatMu dan moga Engkau pelihara hati ini,sesungguhnya Engkaulah pemilik segala kebaikan itu.ameen ya rabbal alameen.
let's make our holidays more beneficial:))
till then.
Saturday, January 21, 2012
Wednesday, January 4, 2012
susah
lama perhatikan langit biru yang terbentang luas di hadapan mata, menurunkan sedikit pandangan pada rumput-rumput hijau yang mulai tumbuh menutupi ruang-ruang tanah sepanjang perjalanan pulang dari universiti. hari yang cantik. matahari riang menyinari, sebahagian cahayanya dilindungi kepul-kepul awan putih, meredupkan bumi.
memandang semula pada langit, bukankah ciptaannya lebih susah berbanding ciptaan manusia?
tetapi kenapa pula kita yang diangkat sebagai khalifah?
kerana ciptaannya yang susah itulah disediakan untuk manusia.digunakan untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat daripada tanggungjawab si langit.
tak serupakah macam kita nak jadi dentist yang perlu belajar benda yang susah?
menjawab soalan-soalan tentang penyakit tadi yang tersangatlah.........
Dia tunjukkan ilmunNya sedikit pun tidak pisahkan kita dengan Dia:)
p/s: musim-musim exam ni kakak-kakak buat terharu la. semalam donut, harini cupcake.syukrannnnn! serius orang ada buah hati (lain jantina) pun tak boleh dapat camni. senyum sinis;)
memandang semula pada langit, bukankah ciptaannya lebih susah berbanding ciptaan manusia?
tetapi kenapa pula kita yang diangkat sebagai khalifah?
kerana ciptaannya yang susah itulah disediakan untuk manusia.digunakan untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat daripada tanggungjawab si langit.
tak serupakah macam kita nak jadi dentist yang perlu belajar benda yang susah?
menjawab soalan-soalan tentang penyakit tadi yang tersangatlah.........
Dia tunjukkan ilmunNya sedikit pun tidak pisahkan kita dengan Dia:)
p/s: musim-musim exam ni kakak-kakak buat terharu la. semalam donut, harini cupcake.syukrannnnn! serius orang ada buah hati (lain jantina) pun tak boleh dapat camni. senyum sinis;)
Subscribe to:
Posts (Atom)