Sunday, December 18, 2011


"ain, jangan lupa tekan lock pintu kereta tu ye lepas keluar."

"ok."

"ain, tekankan lock pintu kereta tu lepas keluar."

"oh,ok ok."

"ain, nanti lepas keluar, tekan lock pintu kereta tu ye"

"ha.ok."

semasa balik malaysia bulan enam haritu, kebanyakan masa saya bersama ibu kesana ke mari. tapi si ibu lah yang memandu, sebab saya masih lagi tak berani nak memandu kereta auto.hmph. dan situasi di atas memang  berlaku setiap kali kami keluar bersama-sama. 

seringkali ibu berpesan, gara-gara 'lock' pintu bahagian sebelah pemandu, susah sikit untuk dikunci, ia perlu ditekan dahulu. ibu berpesan, bukan sekali. tapi setiap kali saya keluar dari kereta. sememangnya, saya agak pelupa. and mom knows her daughter well. pernah jugak saya terfikir ibu ni ingat je nak ingatkan. setiap kali pula tu.

bila saya pulang ke jordan dan teringatkan keadaan itu, baru saya terperasan sesuatu. (tiba-tiba rasa macam nak balik malaysia.heh.)

tadi saya kata yang mom knows her daughter well right. tapi mungkin juga yang dia tahu yang saya tak lupa pun, sahaja mahu ingatkan saya. mana tahu saya terlupa (^^) 

tapi, tindakan ibu ingatkan saya sekurang-kurangnya mengurangkan risiko-risiko yang boleh terjadi kalau kereta itu tidak dikunci. kan. 

macam tu jugak dalam sehari-hari.manusia lemah terutamanya saya sentiasa perlukan peringatan. kadang-kadang macam pernah dengar je ayat quran tu. tapi sebab dah lama tak diingatkan, kesannya jadi pudar dan lama-lama hilang semangatnya.tapi bila ada orang ingatkan balik, semangat tu datang semula.rasa macam pokok yang disiram semula. heh. jadi, peringatan memang tersangatlah penting sebab dalam surah At-Tur pun ada dituliskan,

"dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin."
(52:55)

see? kan Allah dah tulis dah pun.tak kiralah orang tu dah tahu ke belum,yang penting saling mengingatkan, itu lebih bermakna. kata nak sama-sama masuk syurga kan? insyaAllah. 

***

Alhamdulillah. just finished my second exams and final will start tomorrow (monday) . doakan,

salam'alaykum.

2 comments:

  1. kita perlukan teguran selalu TT.TT
    taknak 'kebelakang' kembali :|
    harap awak dapat membantu :)

    ReplyDelete
  2. betulll.
    insyaAllah. kita sama-sama eh:)

    ReplyDelete

comments