sewaktu keluar dari rumah semalam, saya dapat merasakan sesuatu berlainan tentang hari yang saya bakal lalui.kerana semalamnya sangat lainlah suasananya sehinggakan saya sendiri tidak selesa dan ada sahaja yang tidak kena.bukan kerana pakaian saya yang lain, atau kawan-kawan saya yang lain, tapi angin pada hari itu yang lain.
musim sejuk yang bakal datang ni,buat saya rindu pada Turki. menikmati hujan di atas feri:')
dingin. berbeza dari hari sebelumnya yang agak panas. saya fikir, musim sejuk dah mula bagi pembuka bicara dan saya senang dengan permulaan ini. seakan-akan memberi semangat kepada saya untuk memulakan langkah.langkah yang lebih berani tanpa memikirkan apa yang sekeliling bakal katakan. penat juga berimaginasi begini begitu tanpa menempuhi jalan dan cabaran yang sebenar. kalau mahu diikut persediaan, sampai ke penghabisan hidup pun tak akan cukupnya. jadi sekarang perlu buat keputusan dan merancang.
pagi tadi,saya terjumpa ayat ini.
"Barangsiapa mengerjakan kebajikan, maka ia untuk dirinya sendiri, dan barang siapa mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kepada Tuhanmu akan dikembalikan." (45:15)
kita (baca:penulis) selalu lupa yang bila kita baik kepada orang maksudnya kita baik kepada diri kita.kita biarkan diri kita terima ganjaran. kita pula selalu ingat, orang itu bakal mengambil masa kita, menambah penat lelah kita walhal tidak pun:)
okay it's time for me to walk
p/s: untuk warga Irbid, bersediakah anda menempuhi cabaran syitaa'? :D
p/s: is it 'walk the talk' supposed to be? :)
ReplyDeleteHaha.thanks! Xperasan.semangat sgt nk tulis englishXD
ReplyDeletesyita ini boleh jadi tiket ke syurga
ReplyDeletesyita ini boleh jadi jugak tiket ke neraka.
kita yang pilih.. :)
-cidak-
Betul.semoga kita tak salah membeli tiket.insyaAllah..
ReplyDeletebersedia dari segi ape ain? o.0
ReplyDelete