Sunday, August 14, 2011

homework


dulu bila dapat kerja sekolah, bertungkus-lumus cuba siapkan tak kiralah walaupun baru nak buat sebelum cikgu masuk ke kelas sebab takut kena marah dengan cikgu T__T

sekarang, walaupun dah masuk universiti, disebabkan sistem universiti berlainan sikit, assignment pun boleh kata tiada langsung. jadi tak perlu lagi takut dimarahi lecturer sebab tak siap assignment ^^ 

bila fikir-fikir balik, macam mana saya boleh terlalu yakin yang saya akan dimarahi cikgu?
kerana saya tahu cikgu tu ada dan bakal marah saya jika saya tak buat kerja-kerja-kerja tu.

saya yakin sebab saya boleh nampak cikgu.
saya yakin sebab saya tahu cikgu tidak suka jika saya tak siapkan kerja yang diberikan.

jadi kalau saya diberikan kerja sekolah, dan cikgu itu beritahu yang saya hanya perlu siapkan tanpa perlu hantar kepadanya,tetapi perlu jujur untuk siapkannya. adakah saya akan menyiapkannya? err, mungkin ya atau mungkin tak kot. heh. kenapa? jawab sendiri. hehehe.


***

tapi bila nanti kat sana, Allah tanya adakah kita sudah menyiapkan 'kerja sekolah' yang Allah beri masa dekat dunia dulu, kita nak jawab macam mana?

semuanya terletak pada keyakinan kita.

jika kita seorang yang yakin bahawa kita akan ditanya satu masa yang kita tak tahu bila, insyaAllah kita dapat jawab dengan tenang.

tetapi jika kita hanya yakin dengan perkataan tanpa mengamalkan sepenuhnya dengan hati & perbuatan, mungkin kita akan ditimpa nasib seperti kanak-kanak sekolah yang tak berjaya menyiapkan kerja sekolahnya. malahan lebih teruk daripada tu. la samahallah. (minta dijauhkan)

"kemudian kamu benar-benar akan melihat dengan mata kepala kamu sendiri"
At-Takathur : 7

apa-apapun kita kena ada tiga keyakinan ni, 

علم اليقين -  yakin melalui ilmu pengetahuan yang kita belajar

 عين اليقين - yakin melalui pancaindera; mata, telinga dll.

yakin dengan perkara yang kita tak nampak tapi perkara yang benar. contohnya hari kiamat -  حق اليقين


dengan keyakinan ni, insyaAllah kita tak bukanlah salah seorang pelajar yang kena berdiri atas kerusi atau luar kelas. 

eh.dah yakin tu,jangan lupa amal! 
sebarkan-sebarkan. dakwah pun kerja sekolah yang Allah bagi:)

1 comment:

comments