Monday, August 29, 2011



can u delay?
I'm so not ready.
T______T

Saturday, August 27, 2011

Friday, August 26, 2011

mimpi



again. future mister hubby. 


ketika mengimbau kisah kita (saya dan seseorang), sendiri tersenyum.
mimpi pelik itu menjadi betul-betul jadi kenyataan.

rupa-rupanya mimpi itu petanda.

dan bukan kebetulan, sememangnya itulah ketentuan.
ketentuan Allah yang tak pernah boleh dijangka.

semoga kita (saya, seseorang dan anda) saling mendoakan dalam menginjau hari esok!

p.s : tolong abaikan ayat yang tak berapa nak indah ni.pelik sangat bunyinya.



p.s.s : alhamdulillah.phewww. lega sangat dah habis exam. walaupun yang terakhir habis exam.

Thursday, August 25, 2011

goodbye:')

doakan saya punya masa untuk ini.

insyaAllah, sekarang saya tengah menjawab paper terakhir untuk sem ni. bagi yang tengah membaca, doakan saya dapat menjawab dengan baik eh^^

whatever the result going to be, I know it's the best for me.

p.s: bermulalah keberangkatan seorang demi seorang ke tanah air.saya harap saya boleh hilangkan diri. heh^^

Wednesday, August 24, 2011

pencarian


kena kerja kuat!

p.s: second last paper: biochemistry.

Tuesday, August 23, 2011



"Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami) sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (2:127)

Monday, August 22, 2011


kena bayar ke? (student Jordan) sini

p.s:good luck kawang-kawang yang ambil paper wellness:)

Sunday, August 21, 2011

extravaganza






practice extravaganza things to get extravaganza rewards:)


p.s: this post and another four posts ahead are auto-post.kena berjauhan sikit dengan kesayangan saya ni. tak boleh manja sangat. heh.

Saturday, August 20, 2011


Ramadan isn’t the time to seek for the bare minimum, Ramadan is the time to excel and if you aren’t striving for your best in Ramadan, then how is the rest of your year going to be like?
— Abdul Nasir Jangda






Friday, August 19, 2011

Love is great


assalamualaikum. 


gambaran itu cukup jelas.
betapa seorang kekasih Allah itu kasih pada umatnya.

namun, pasti ada yang akan menghampakannya.
sangat pasti.

"sungguh rugi orang-orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah ; sehingga kiamat datang kepada mereka secara tiba-tiba, mereka berkata, "Alangkah besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu, " sambil mereka memikul dosa-dosa itu di atas punggungnya. Alangkah buruknya apa yang mereka pikul itu" (6:31)


cukuplah melihat sekeliling, jangkaan itu sudah pasti,
tetapi tergamakkah kita menjadi penyebab kehampaan itu,


tunduk,
geleng perlahan. sungguh, aku tak sanggup.

"sungguh, Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu(Muhammad), (janganlah bersedih hati) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakan engkau, tetapi orang yang zalim itu yang mengingkari ayat-ayat Allah" (6:33)

credit to Pengiran 

"Para rasul yang Kami utus itu adalah untuk memberi kabar gembira dan memberi peringatan. Barangsiapa yang beriman dan mengadakan kebaikan, maka tidak akan rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." (6:48)



p.s: masih dalam perjalanan mencari cinta:) 

Thursday, August 18, 2011

Wednesday, August 17, 2011

patience


kesabaran takkan datang tanpa ujian.
semakin banyak diuji, semakin sabarlah seseorang.

walau sepahit mana pun, sabarlah. kerana manisnya akan dirasai di jannatu adn' nanti.


..sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.

p.s: pesanan untuk diri sendiri.

Tuesday, August 16, 2011

hadiah

one day. hahah.

setiap sesuatu yang diberi dari hati pasti diterima di hati juga:')

Monday, August 15, 2011

esok


senyum kelat melihat poster.
bakal menghadapi permulaan final exam esok hari.
doakan.
ini final yang final untuk tahun satu.
doakan.
doakan.
doakan.

semoga berjaya kawan-kawan.

senyum:)

Sunday, August 14, 2011

homework


dulu bila dapat kerja sekolah, bertungkus-lumus cuba siapkan tak kiralah walaupun baru nak buat sebelum cikgu masuk ke kelas sebab takut kena marah dengan cikgu T__T

sekarang, walaupun dah masuk universiti, disebabkan sistem universiti berlainan sikit, assignment pun boleh kata tiada langsung. jadi tak perlu lagi takut dimarahi lecturer sebab tak siap assignment ^^ 

bila fikir-fikir balik, macam mana saya boleh terlalu yakin yang saya akan dimarahi cikgu?
kerana saya tahu cikgu tu ada dan bakal marah saya jika saya tak buat kerja-kerja-kerja tu.

saya yakin sebab saya boleh nampak cikgu.
saya yakin sebab saya tahu cikgu tidak suka jika saya tak siapkan kerja yang diberikan.

jadi kalau saya diberikan kerja sekolah, dan cikgu itu beritahu yang saya hanya perlu siapkan tanpa perlu hantar kepadanya,tetapi perlu jujur untuk siapkannya. adakah saya akan menyiapkannya? err, mungkin ya atau mungkin tak kot. heh. kenapa? jawab sendiri. hehehe.


***

tapi bila nanti kat sana, Allah tanya adakah kita sudah menyiapkan 'kerja sekolah' yang Allah beri masa dekat dunia dulu, kita nak jawab macam mana?

semuanya terletak pada keyakinan kita.

jika kita seorang yang yakin bahawa kita akan ditanya satu masa yang kita tak tahu bila, insyaAllah kita dapat jawab dengan tenang.

tetapi jika kita hanya yakin dengan perkataan tanpa mengamalkan sepenuhnya dengan hati & perbuatan, mungkin kita akan ditimpa nasib seperti kanak-kanak sekolah yang tak berjaya menyiapkan kerja sekolahnya. malahan lebih teruk daripada tu. la samahallah. (minta dijauhkan)

"kemudian kamu benar-benar akan melihat dengan mata kepala kamu sendiri"
At-Takathur : 7

apa-apapun kita kena ada tiga keyakinan ni, 

علم اليقين -  yakin melalui ilmu pengetahuan yang kita belajar

 Ø¹ÙŠÙ† اليقين - yakin melalui pancaindera; mata, telinga dll.

yakin dengan perkara yang kita tak nampak tapi perkara yang benar. contohnya hari kiamat -  حق اليقين


dengan keyakinan ni, insyaAllah kita tak bukanlah salah seorang pelajar yang kena berdiri atas kerusi atau luar kelas. 

eh.dah yakin tu,jangan lupa amal! 
sebarkan-sebarkan. dakwah pun kerja sekolah yang Allah bagi:)

Saturday, August 13, 2011

Friday, August 12, 2011

assalamualaikum.



how's ramadhan treat you? err. no. how do you treat the ramadhan so far?
*tanya diri sendiri balik. dangg.

UpgradeYourself Ain !!! stop dreaming around, and wake up!

"Siapa yang bersungguh-sungguh Allah akan tunjukkan jalan"


all the pictures are from here:) 

Wednesday, August 10, 2011


 salah letak oh. harini baru puasa ke sepuluh. post lepas dah gambar puasa kesebelas. gara-gara exam la ni. (kesian exam yang tak bersalah.heh)

p/s: all these cute pictures are not created by me, i just copied them from someone^^' and kalau awak nak copy pun boleh je:)

ahli bayt


alhamdulillah dekat sini kurang sikit pembaziran sebab bazaar pun takde. yang dekat malaysia kena mujahadah lebih la yee.

tersenyum saya melihat ahli rumah makin matang semuanya bila dah serius fikirkan masalah orang di luar sana.semoga kita dapat betulkan apa yang salah tu untuk elak orang terus pandang rendah pada agama yang kita sayang ni.

***

tapi saya tersenyum juga melayan ketidakmatangan masing-masing^^.

konsep matang ni banyak. ada benda yang kita perlu matang. ada benda tak perlu pun takpe sebab tu yang menjadi penyeri keadaan:)

p/s : oh ye dah hari kesepuluh ramadhan! fasa rahmat hampir tamat, jom usaha sebaik mungkin sebelum kita masuk ke fasa seterusnya-fasa keampunan.

Tuesday, August 9, 2011

p/s: n scheduled post. takut tertinggal lagi. hehe^^

Monday, August 8, 2011

Sunday, August 7, 2011



nampaknya susah juga nak post hari-hari.fuhh.

Friday, August 5, 2011

Thursday, August 4, 2011

sunat tarawikh


Assalamualaikum.macam sesuai je dengan beberapa status kawan-kawan di fb malam ni.ramai duk cakap pasal terawikh kat mana semua. bagi saya mana-mana pun asalkan kita bertarawikh dah ok dah.yang penting kita ikhlas nak beribadat:) tiba-tiba teringat perangai orang yang suka pertikaikan solat sunat, yang wajib tu taktahu dah cukup sempurna ke belum. semoga kita tak tergolong la dalam kumpulan tu yee.

tapi yang paling penting lagi. saya gembira sangat malam ni. saya bertarawikh dengan mej sitte yang tersayang. terima kasih semua. semoga ukhuwwah kita berkekalan hingga ke syurga! <3

hujung-hujung minggu ni seronok jugak kalau dapat luangkan masa menjala ikan, taklah asyik memancing ikan je kan?

*menjala ikan dianalogikan dengan menjala pahala. lebih banyak berbanding memancing pahala.

jom jom!

Wednesday, August 3, 2011

terlupa

assalamualaikum.

ni semalam punya tapi terlupa nak post.


dan ni baru hari ni punya.


selamat beramal!

Monday, August 1, 2011

ramadhan = panas terik

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Allah sampaikan juga ramadhan kepadaku.rasanya lain sungguh. lebih teruja.bukan hanya kerana suasananya, tapi kerana memahaminya.insyaAllah:)

Ramadhan.

hadiah buat semua muslim.
bila amalan dilipatgandakan ganjarannya.
dosa pula diampunkan.
musuh ketat dibelenggu.

namun ramadhan bukanlah Tuhan untuk dipuja
hanya bersungguh-sungguh melakukan amal sementara bulan ini
bukan hanya sekadar mengumpul pahala sebanyak mungkin
untuk dihabiskan untuk dosa-dosa pada bulan-bulan yang lain

ramadhan adalah wasilah dan tarbiyyah
untuk ditingkatkan taqwa, dibaiki iman dan
persediaan bagi menghadapi perjalanan pada bulan-bulan seterusnya.

peringatan ramadhan dari teman mu'tah.terima kasih^^
biar jauh langkahmu, Allah mengira semuanya!

*maksud bulan ramadhan adalah bulan panas terik.

buat ahli bayt Adrenaline, teruskan semangat ramadhan hingga ke akhirnya. saya tak mampu lakukan seorang

note to myself : biarlah hijrah kecil ini berterusan. moga Allah redha:)