Saturday, July 16, 2011

hilang

assalamualaikum.

jika anda sibuk, boleh khollii (tinggalkan) dulu blog ini sebab post ni lebih kepada cerita peribadi sahaja:)

genap dua minggu semester musim panas yang sememangnya 'hot' bermula. penuh cabaran. terdengar suara-suara rintihan kepenatan dan sebagainya. untuk kali pertama melalui semester ini, saya akui memang mencabar : mental & fizikal. tambahan pula diduga dengan ujian-ujian kecil yang menimpa beberapa hari lalu.

dan sungguh,Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan kami akan uji perihal kamu. (surah Muhammad/ Al-qitaal: ayat 31)

dalam kesibukan hari-hari pergi ke kelas, mempersiapkan rumah yang bakal didiami oleh lapan orang ahli ( ramai bukan?), menghadiri mesyuarat (satu je--,) Allah duga saya dengan kehilangan beberapa benda yang dikira paling penting di sini. hawiyyah (kad pelajar), iqomah (kad penduduk sementara Jordan. eh yeke? lebih kurang la kot) & standard chartered atm card dan  tiga angka not jd. fuuuh(!)

dipendekkan cerita, kehilangan barangan tersebut adalah disebabkan kelalaian saya sendiri-.-

tercicir di dalam teksi semasa turun untuk membeli perabot rumah. cuba mencari, tetapi tiada juga akhirnya.

perasaan saya ketika itu sukar digambarkan dalam keadaan saya & housemates tengah sibuk menguruskan rumah, membahagi-bahagikan duit untuk keperluan rumah, saya hanya buat keputusan untuk melupakan sekejap kejadian itu. dan mereka tinggalkan saya berehat di rumah baru itu sementara menunggu katil yang bakal tiba seperti dijanjikan manakala mereka mencari beberapa perabot lain.

sebelum itu, untuk melegakan sedikit perasaan saya, saya hanya menghantar satu mesej kepada ibu dan memohon agar ibu mendoakan agar Allah permudahkan urusan saya di samping keep on du'a agar orang yang menjumpai barang saya memulangkannya ke balai polis.

sehingga sekarang, barang-barang yang hilang masih tidak dan dijumpai dan saya kira,itu memang bukan rezeki saya. tapi alhamdulillah, iqomah dan hawiyyah sudah siap dibuat baru selepas beberapa hari. atm card perlu ditunggu untuk beberapa hari. duit? hanya Allah yang tahu:)

sepanjang perjalanan saya pergi ke tiga buah balai polis (terima kasih kak shida!), mengulang alik hujung ke hujung bangunan handasiyyah (serius boleh turun dua kilo,heh) untuk menyiapkan semula dokumen yang hilang tu, saya banyak berfikir dan belajar.

berfikir, ini cara Allah mengajar saya untuk:

LEBIH berhati-hati dan berwaspasda.
memandangkan saya seorang yang careless dan sebenarnya selepas hari pertama kehilngan duit, esoknya hilang lagi sekali dengan jumlah yang sama. betapa careless nye saya-.-"

LEBIH bijak uruskan wang (ni memang patut)
bila duit hilang, pengurusan wang saya lebih terjaga. Alhamdulillah, dengan duit yang masih ada, semua perabot dapat dibeli dan masih cukup!

LEBIH bersyukur!
kerana ramai lagi yang diuji dengan ujian lebih besar daripada saya.

peribahasa Turki (yang saya jumpa dalam tulisan ustaz hasrizal) ada menyebut;
"Orang yang tidak pernah dibakar panas mentari, mustahil menghargai rimbun berteduh"

dan saya paling terkesan sendiri semasa saya seorang duk ulang alik tengah panas di bangunan handasiyyah. boleh menangis kalau tak cukup tough. (okay untuk seorang budak perempuan seperti saya, yang lelaki tak kira eh)

dihantar ke luar negara, mendapat wang yang sangat cukup dari keperluan, takkan hanya untuk berpenat-lelah datang kelas, jawab exam, dapat markah sekadar yang mampu, sibuk uruskan rumah, barang hilang, buat baru, pergi program sikit-sikit bla bla bla dan sehingga ke tahun akhir, pulang ke malaysia dengan segulung ijazah dan hanya menjadi doktor gigi yang biasa-biasa.

kecewa rakyat malaysia yang bayar cukai untuk hantar saya ke luar negara.

ini mungkin satu turning point saya untuk semester kali ini.

berusaha mencari ilmu sebanyak (bukan ilmu gigi sahaja),cuba untuk membawa pulang perkara-perkara yang bermanfaat dan memberi kesan pada orang di malaysia. sepertimana seruan presiden mppmj yang baru.heh.

macam besar je kan harapan?

selagi ada impian, selagi tu ada jalan. kan? insyaAllah.

tribute for these people: Nadia Nabilah, Irisyah Nurfatin, Nurbaya Mustafa yang meminjamkan wang pada kepada saya sementara menunggu duit dikeluarkan secara manual.kak umi, kak izzati yang bantu bagi jalan untuk buat apa.kak Shida yang sama-sama ulang alik ke balai polis sehingga iqomah siap, rakan arab kak shida yang tumpangkan kereta dari markaz aman gharbiyy (balai polis) yang jauh di hujung irbid ke irbid mall, Muhammin yang setia menunggu masa semasa buat hawiyyah baru di handasiyyah. tak lupa sokongan dan doa rakan-rakan dan semua yang terlibat. infinity gratitude to all of you and only Allah who'll repay your kindness:)

T H A N K  Y O U  S O  M U C H !

***

doakan saya dan rakan-rakan yang bakal mula exam minggu hadapan:)
"kalau malas, tak payah amek dentisry.baik  buat ______ ke, jadi _______ ke..." kata seorang kakak yang hampir dua tahun tak jumpa.

huuh. terasa. semoga saya lebih rajin.

haa. tak lupa.

tahniah buat rakan-rakan yang berjaya dalam upu, lepas pergi overseas,dan yang tidak berjaya, teruskan berdoa, kuatkan semangat. apa-apa pun keputusan, Allah dah tulis yang lebih baik untuk awak!

dan khas untuk sepupu baik saya, Naimah. tahniah sangat-sangat. tak habis lagi excited sejak hari tu. Esok dah start preparation kan? jaga diri baik-baik dan insyaAllah nanti kita raya aidiladha sama-sama yeee:) tunggu ain kat sana tau!

"Jangan pernah rasa memiliki, semua yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman" 
status fb kawan kakak saya yang juga hilang barang.thanks, sangat membantu^^.

 panjang pula kali ini.heh. till then, assalamualaikum.

4 comments:

  1. moga selamat semuanya aintch !

    ReplyDelete
  2. makan paracetemol kat atas meja tuh!


    :P

    ReplyDelete
  3. To cidak: Syukran syukran.

    To anon yg bajet anon (hihi) : dah mkn semalam. Tweet tangatXD

    ReplyDelete
  4. follow back arrayah.info - Umat Islam di Jordan Mahu Kembalikan Semula Daulah Khilafah, umat Islam di Malaysia

    ReplyDelete

comments