Monday, March 21, 2011

someone who never forget to smile

assalamualaikum.

Al-fatihah.

Tanpa disangka, insan yang menjadi kesayangan insan-insan lain lebih disayangi Allah.Ya. Allah telah menjemputnya, ke tempat yang lebih baik inshaAllah.

Beberapa hari lepas, baru melihat gambar bersamanya ketika beberapa hari terakhir di INTEC. Sayu melihat, rindu terasa. Namun, pagi semalam saya mendapat berita tentang pemergiannya ke rahmatullah. Innalillahwainnalillahhiroji’un. terpaku sekejap dan berfikir. Dia telah tinggalkan kita. Itu adalah ketentuan ilahi. Lumrah kehidupan, yang hidup pasti mati juga.

Seharian terkenangkannya. Penat juga memikirkan pernah adakah satu saat yang sedih apabila kita bersamanya? Tiada. Recheck. Ya, tiada.kalau ada pun satu. saat dia memberitahu tentang penyakitnya. Tapi cepat dia menghilangkan kesuraman yang tercipta dan kembali ceria. Kemudian saya faham. Mengapa dia begitu. Dia cuba menggembirakan hati semua orang supaya apabila dia sudah tiada, kita tidak bersedih. Malah mampu tersenyum dan tertawa mengenangkan jenaka dan telatahnya. Sungguh, apa yang diajarkan, banyak yang saya boleh ingat. Dengan analogi-analogi yang direka-rekanya. Walaupun kadangkala merepek, hakikatnya itu yang membuatkan kita lebih senang ingat.

Bukan setakat dalam lecture, di luar lecture pun dia sentiasa semangat. Semangat dia yang saya kagum. Di dalam tubuhnya sakit tapi dia tidak pernah lemah. Malah memberi semangat lagi kepada pelajar-pelajarnya. Setiap kali test yang dia buat, kalau ada yang dapat markah rendah, dia tidak pernah marah tapi terus memberi kata-kata positif untuk pelajarnya terus berusaha.

Terlalu banyak untuk ditulis tentangnya walaupun hanya menjadi pelajarnya selama empat bulan. Mungkin sekadar ini sahaja yang mampu.


Allahyarham Sir Mohd Ishak Mustapha Kamal adalah insan yang dimaksudkan, lecturer bio di INTEC yang kami sayang.Takziah buat keluarganya. Semoga rohnya dicucuri rahmat, amalnya diterima, ilmu yang dicurahkan diberkati, kehidupannya diredhai dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amiin.


SPRING 2011- hajat nak ke Umm Qays belum kesampaian.sekitar Just pun jadilah buat pengubat hati untuk melihat keindahan musim bunga ni.

Saya tidak boleh beralah sekarang. Perlu terus berusaha. Mana mungkin musim telah berubah tapi saya masih di takuk lama. Masih ada masa, Nur Ain Faezah. Sila kuat. Terima kasih buat semua yang sentiasa memberi semangat:’) 


p/s: setiap yang pergi adalah peringatan buat yang masih hidup.

6 comments:

  1. Cantik nye bunga2 ;D

    Please snap gambar banyak2 nanti nak tgk!!!! hehehe

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah.
    Takziah aku ucapkan pada keluarga arwah dan semua anak didiknya.
    Moga pahala sebagai seorang guru terus mengalir sampai bila2..

    **

    Peh,lawa gila gambar.
    Ziryes!

    ReplyDelete
  3. najie: al-fatihah. serius asyik teringat sir:(

    hazen : sabar ye.

    kak fiza : InshaAllah. takdelah banyak sgt bunga kat just ni. kalau kita gi mne2 kte tangkap gambar eh.

    cidak : inshaAllah. thanks..

    ReplyDelete
  4. alfatihah.


    like the small note.
    nice one.!

    ReplyDelete

comments