Wednesday, March 30, 2011

you're not mine, but Allah's

assalamualaikum.

tak kira nak tulis jugak.tula nasib orang yang takde idea ni.makin lama makin jarang update blog. mula tersedar yang saya banyak terleka sehinggakan Allah tidak bagi ilham pun kepada saya untuk menulis.cuba nak give something kat blog ni, tapi tak keluar-keluar pun idea.we can see here that everything is Allah's property.even stau perkataan tu pun kalau Allah tak benarkan kita untuk tulis, maka tak tertulislah perkataan tu. hebat kan Allah? subhanallah.

bila cakap tentang hak Allah, teringat cerita surah Al-fiil. Masa tentera Abrahah nak serang Mekah dan meruntuhkan ka'abah, dia telah merampas dua ratus ekor unta Abi Muttalib (datuk Rasulullah). kemudian, Abdul Mutalib berjumpa dengan Abrahah dan meminta Abrahah untuk memulangkan kembali dua ratus unta yang dirampas olehnya. namun, Abrahah menjawab dengan angkuh dan menyoalkan kembali adakah Abdul Muttalib tidak langsung mahu berunding tentang nasib rumah Ka'abah.

jawapan Abdul Mutalib begitu mudah.

"Saya ini hanya tuan punya unta-unta itu sahaja,sedangkan rumah Ka'abah ini ada tuan punyanya yang akan mempertahankannya."

"Ia tidak akan dapat menahani beta". sampuk Abrahah.

Jelas dan terang, kat sini ramai yang tahu tentang nasib tentera Abrahah apabila mereka memasuki Mekkah.Gajah yang ditunggang tidak mahu memasuki Mekkah, tentera dilontar batu-batu oleh burung-burung. mereka telah ditimpa perkara yang luar biasa sedangkan pada waktu itu, hampir semua penduduk Mekkah telah keluar daripada situ kerana sudah dimaklumkan Abrahah akan menyerang. siapa yang menjaga Mekkah dan Ka'abah  ketika itu kalau bukan Allah? subhanallah.subhanallah. hebat kan Allah? (lagi sekali)

ada sesiapa nak bagi pengajaran? hehehe.

mungkin adik-adik yang baru lepas jwb spm ni boleh.confirm masing-masing dapat A+ subjek PAI kan.ngee:D jkjk.

boleh nilai kot tentang hak. masing-masing punya hak sendiri dan diri kita sendiri adalah hak Allah. so kalau kita nak orang lain jaga hak kita, mesti juga kita menjaga hak orang lain dan begitu juga Allah:)

sorrrry kalau tak faham or tak sampai mesej.tak reti :(

p/s:subuh makin awal sekarang.mencabar betul!
p/s/s: KARISMA (Karnival Sukan Mahasiswa) dah dekat.entah macam mana boleh melibatkan diri.go Amman! eh,go Irbid jugak;D
p/s/s/s: untuk budak medic, good luck exam:)

haa, dah letak ni. belanja eh lepas ni? :P
saya belum seberani & sepenyayang dia T___T



alhamdulillah,berjaya post juga :)

Monday, March 21, 2011

someone who never forget to smile

assalamualaikum.

Al-fatihah.

Tanpa disangka, insan yang menjadi kesayangan insan-insan lain lebih disayangi Allah.Ya. Allah telah menjemputnya, ke tempat yang lebih baik inshaAllah.

Beberapa hari lepas, baru melihat gambar bersamanya ketika beberapa hari terakhir di INTEC. Sayu melihat, rindu terasa. Namun, pagi semalam saya mendapat berita tentang pemergiannya ke rahmatullah. Innalillahwainnalillahhiroji’un. terpaku sekejap dan berfikir. Dia telah tinggalkan kita. Itu adalah ketentuan ilahi. Lumrah kehidupan, yang hidup pasti mati juga.

Seharian terkenangkannya. Penat juga memikirkan pernah adakah satu saat yang sedih apabila kita bersamanya? Tiada. Recheck. Ya, tiada.kalau ada pun satu. saat dia memberitahu tentang penyakitnya. Tapi cepat dia menghilangkan kesuraman yang tercipta dan kembali ceria. Kemudian saya faham. Mengapa dia begitu. Dia cuba menggembirakan hati semua orang supaya apabila dia sudah tiada, kita tidak bersedih. Malah mampu tersenyum dan tertawa mengenangkan jenaka dan telatahnya. Sungguh, apa yang diajarkan, banyak yang saya boleh ingat. Dengan analogi-analogi yang direka-rekanya. Walaupun kadangkala merepek, hakikatnya itu yang membuatkan kita lebih senang ingat.

Bukan setakat dalam lecture, di luar lecture pun dia sentiasa semangat. Semangat dia yang saya kagum. Di dalam tubuhnya sakit tapi dia tidak pernah lemah. Malah memberi semangat lagi kepada pelajar-pelajarnya. Setiap kali test yang dia buat, kalau ada yang dapat markah rendah, dia tidak pernah marah tapi terus memberi kata-kata positif untuk pelajarnya terus berusaha.

Terlalu banyak untuk ditulis tentangnya walaupun hanya menjadi pelajarnya selama empat bulan. Mungkin sekadar ini sahaja yang mampu.


Allahyarham Sir Mohd Ishak Mustapha Kamal adalah insan yang dimaksudkan, lecturer bio di INTEC yang kami sayang.Takziah buat keluarganya. Semoga rohnya dicucuri rahmat, amalnya diterima, ilmu yang dicurahkan diberkati, kehidupannya diredhai dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amiin.


SPRING 2011- hajat nak ke Umm Qays belum kesampaian.sekitar Just pun jadilah buat pengubat hati untuk melihat keindahan musim bunga ni.

Saya tidak boleh beralah sekarang. Perlu terus berusaha. Mana mungkin musim telah berubah tapi saya masih di takuk lama. Masih ada masa, Nur Ain Faezah. Sila kuat. Terima kasih buat semua yang sentiasa memberi semangat:’) 


p/s: setiap yang pergi adalah peringatan buat yang masih hidup.

Saturday, March 19, 2011

assalamualaikum.

benar-benar tak pasti adakah diri ini betul-betul 'belong to here' atau tak.

sungguh, saya sedih.




T__T

ya Allah, kuatkanlah semangatku.

Monday, March 7, 2011

take ten.


assalamualaikum.

esok nak exam tapi sempat je nak update blog.hikhik. saje nak tunjuk yang study takla serius mana.
last minute study
tak macam org lain. haish.bila nak berubah ni -.-"

how to be that blossom?


"dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatanyang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka, (sebagai) bunga kehidupan dunia, agar Kami uji mereka dengan (kesenangan) itu.Karunia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal." (surah Taha:131)


anyways,doakan saya dan kawan-kawan dipermudahkan urusan.amiin.

Wednesday, March 2, 2011

hai,my name is bay.and i'm just hanging around here.hikhikhik >.<
ain tgh rajen iron baju :P

don't be greedy, do what you can



this really a good reminder for us:)

 "once the exams start, it will continue until the end of the semester".
it is told by a senior from JUST while I was at INTEC and now i'm facing it.

Tuesday, March 1, 2011

so sweet of you


Perkongsian daripada sahabat hanis buat sepupu ku yang tercinta kerana Allah (:

Setahun boleh menambah usia, sebulan boleh menambah ketinggian, seminggu boleh menambah kekuatan, sehari boleh menambah senyuman dan seminit boleh melakukan perubahan. Luangkan masa walau seminit.. InshaAllah sehidup akan mendapat bekalan.

Titipan Buat Wanita Solehah :')

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki" - Saiditina Aisyah RA.

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. 

Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. 
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. 

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi di hinanya aku kembali dek terlalu sombong.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi.

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

 love letter from my beloved cousin; nurul hanis rusnan. uhibbukifillah aidon :)