Tuesday, April 24, 2012

peak of Dana

"never get tired from asking Allah, because Allah will never get tired of giving us"






Saturday, April 14, 2012

kholisan

salam'alaykum.

adakah biar teruskan hari-hari berlalu tanpa catatan hitam putihnya dan mengharapkan sebahagian lain mencoretkan untuk aku?

berbelah bahagi, antara ya atau tidak.

seperti tasik itu, selalunya tenang setenangnya, tapi kerana gegaran itu, dia turut bergolak. tidak. bukan seperti itu, aku selalu sahaja begitu. banyak pada masanya, aku risau pada diri sendiri. apakah yang akan aku beri padaNya nanti?


antara manusia dan Tuhan. semesti Tuhan tiada tandingan.cuma aku sendiri yang kadang-kadang tergelincir daripada landasan sepatutnya. Allah..

mahu sangat menjadi seperti lelaki kekasih Allah itu, betapa dia menyantuni manusia sekelilingnya dalam memikul amanah Tuhannya. lebih-lebih kepada manusia yang sangat menyayanginya walaupun mereka bukanlah dalam jalan yang sama. bukanlah Muhammad itu lemah, tetapi kerana ternyata hati seseorang itu adalah milik al-Khaliq.

berlalu.
dan berlalu lagi.

aku melarikan diri dan mencari.

dan tiba satu masa, terjumpa,

 erti keikhlasan.

walaupun bukan kali pertama, dahulunya yang aku faham, keihklasan itu adalah bila aku setia pada yang Esa, aku menuruti apa yang dikehendakiNya, mengharap penuh padaNya. tapi jalan hidup bukanlah semudah itu. sentiasa ada halangan-halangan yang menimpa. fikir-fikir, menjual di tepian pantai itu, sudah ramai pengunjungnya, tapi terlupa tentang ada hari pukulan ombak itu akan kuat daripada biasa.

sering tertanya, bagaimana ya aku ini sebenarnya ya Tuhanku?

Aku naif dan tamak.

sehingga, jawapan ini. Dia tunjukkan.Dia maha tahu itu cukup untuk tahap aku pada ketika ini.

And verily! In the cattle, there is a lesson for you. We give you to drink of that which is in their bellies, from between excretions and blood, pure milk; palatable to the drinkers.


dan sungguh, pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari apa yang ada di dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang yang meminumya.

kholisan.

murni atau kata lainnya, ikhlas.

Dia dah beri paling ikhlas untuk diri ini. tetapi aku, sanggupkah, melawan segala kotor jahiliyyah, dan memberi yang paling suci dari dalam diri untuk dipersembahkan?

mungkin, dalam mujahadah yang aku aturkan, aku terlalu ingin jadi yang lebih baik dari sebelumnya, sehingga aku terlupa meletakkan ikhlas di awal perjalanan sebagai 'panglima perang' itu.

astaghfirullah.

alhamdulillah.

mungkin belum masa jari-jemari ini untuk berhenti menggariskan kata.

Thursday, April 12, 2012

menjadi pelengkap

kesukaan setiap masa:D

selamat hari lahir ayah:')
sempat curi masa pagi exam untuk telefon ayah.
dari nada suaranya, saya tahu ayah masih lagi sihat dan bersemangat seperti dahulu. segan sendiri dengan ayah bila dia sepertinya tidak penat menghadapi sebuah kehidupan.  

moga sempena ulangtahun kelahiran ayah, meningkatkan juga amal saya untuk terus berusaha menjadi solehah dan melengkapkan salah satu amal yang tidak akan terputus di dunia ini.insyaAllah:)

ain sayang ayah<3