Sunday, November 20, 2011

lukisan

assalam'alaykum.

copy from tumblr

diminta untuk melukiskan sebentuk hati di atas kertas, kemudian tulis apa yang sedang dikirkan waktu itu dan perkataan yang ditulis oleh jemari ini hanyalah perkataan seperti lapar, exam, tajdid niat dan sebagainya.

kemudian diminta pula menulis perkataan Allah dalam saiz paling besar di ruang kosong yang ada dalam lukisan bentuk hati itu.sedihnya, ruang yang berbaki hanya di bahagian kanan sebelah atas.itupun tidaklah sebesar mana.

saya lihat semula lukisan dengan rasa penuh hampa dan rendah diri.betapa sedikitnya saya meninggalkan ruang untuk Tuhan saya,Pencipta saya.macam mana saya boleh impikan syurga? sungguhla,saya terlalu sibuk memikirkan perut lapar saya,exam yang berderet-deret itu dan macam-macam lagi urusan dunia.walhal, jelas dan nyata Allah kata dunia itu hanya senda gurau dan permainan bagi manusia.

a sight of Ajloun Castle.

bayangkan kehidupan dunia ini, hanya akan menjadi seperti mimpi dalam tidur kita semalam.sangat sekejap kalau dibandingkan dengan akhirat nanti.jika pengakhiran kita adalah syurga,rasanya boleh lupa terus tentang dunia yang kita pernah hidup.tentang susah payahnya,tentang ujiannya. tapi, jika pengakhiran kita sebaliknya,(la samahallah) kita takkan putus-putus menyesali perbuatan kita masa di dunia.

nak meletakkan Allah di tahap most priority dalam hidup memang sangat susah. tapi Allah itu yang maha mengatur segalanya, Dia takkan biarkan hambanya lost without guidance.

"dan carilah(pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu,tetapi janganlah kamu lupa bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu membuat kerusakan di bumi.Sungguh, Allah tidak menyukai kerusakan"
(17:77)
 
jommm, try the best we can,and leave the rest to Allah:)

syurga itu manis dari segala apa yang ada di bumi,that's why susah nak dapat kan?
dear my heart, please be patient..




Our Lord, and grant us what You promised us through Your messengers and do not disgrace us on the Day of Resurrection. Indeed, You do not fail in [Your] promise."

semoga setiap pengharapan kita punya nilai disisiNya.ameen..

Wednesday, November 2, 2011

mencari

assalam'alaykum.

saya bersyukur pada Allah kerana memilih saya untuk saya mengenali ad-deen Allah yang sebenarnya.
umpama mengenali seseorang, makin lama kenal makin tahu apa yang dia suka dan tak suka, makin dapat beza dia lebih senang bila kita buat begini atau begitu. pepatah tak kenal maka tak cinta memang sangat boleh diguna pakai.

kalau bukan saya di sini, mungkin saya sendiri telah jauh dari islam sebenar. bergelumang lagi dengan jahiliyyah-jahiliyyah yang saya sendiri tak dapat nak pastikan adakah perkara yang saya buat itu adalah jahiliyyah atau tak. kerana tiada hitam dan putih.hampir semuanya kelabu. terumbang-ambing. tunggu masa untuk karam. alhamdulillah, Allah tak biar saya jatuh dari kapal layar saya sendiri, cepat Allah tarik saya semula ke atas meneruskan pelayaran saya. dan lebih indah lagi, Allah kurniakan manusia-manusia yang mampu membantu saya membawa saya lebih dekat denganNya dan tanpa mereka, tiada siapa yang mampu papah saya untuk bangun semula tika semangat jatuh merudum, dan hari-hari saya dipenuhi rindu sayang kepada insan-insan pilihan Allah ini..


subhanallahwalhamdulillahwalailaha'ilallah.

insyaAllah, saya harap, saya mampu perlahan-lahan kikis kemas-kemas jahiliyyah dalam diri saya walaupun saya tahu diri ini sememangnya takkan pernah sempurna,dan saya lebih suka perjalanan mencari kesempurnaan itu berbanding kesempurnaan itu sendiri.liku-liku naik turunnya iman itu dapat dirasakan dan membuatkan diri sentiasa perlukan tempat mengadu, tempat bergantung harap, tempat mendapat semangat.siapa lagi kalau bukan kepada Sang Pencipta kita sendiri. kerana Allah itu tiada had masa untuk diluangkan kepada kita berbanding dengan manusia yang lemah lagi hina dina ini.

pergilah terus mencari petunjuk Allah kerana kita takkan jumpa selagi kita tak berusaha. mula dengan perlahan-lahan, merangkak sekalipun, Allah tetap akan bantu hambanya yang mahu dekat kepadaNya. mungkin dengan hanya persoalan-persoalan mudah seperti kita hidup untuk apa?kemana arah tuju hidup,apa yang kita mahu dalam hidup, apa kita perlu buat kalau hari ini hari terakhir kita dan macam-macam lagi yang akan buatkan kita duduk terfikir. banyak jawapan yang akan timbul tapi akan ada satu jawapan yang kita boleh rasakan paling relevan itu akan menjadi titik permulaan 'kehidupan' yang sebenar.

percayalah..


"wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya (Muhammad),nescaya Allah berikan rahmatNya dua bahagian,dan menjadikan cahaya untukmu yang cahaya itu kamu dapat berjalan serta mengampuni kamu.Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang" (Al-Hadid: 28)


sepatutnya dari awal lagi saya perlu menulis tentang ini, tetapi dengan ketetapanNya baru harini berpeluang untuk berkongsi:')

ya Allah, kurniakanlah aku keikhlasan agar apa yang dituliskan membawa manusia lebih dekat kepadaMu dan bukanlah menjauhiMu..amin..