Monday, September 27, 2010

salam.alhamdulillah hari-hari di Jordan semakin baik walaupun cuaca tak menentu. gara-gara ribut pasir di Amman 3 hari lepas, semalam satu Irbid nampak berdebu.nak bernafas pun rasa mcm inhale debu je. baru dugaan sikit dah mengeluh. belum lagi Allah turunkan hujan batu ke taufan ke. astaghfirullah. patutnya aku kena lebih bersyukur,bukannya mengeluh-.-"



langkah terawal di bumi anbia

I really have to work hard for arabic. Both, fusahah (standard) and ammi (colloquial).
& I really have to increase my ibadah too. that's the most important! aim for Jannah:)

Friday, September 24, 2010

kawan paling manja dan skype

salam. since today is holiday, so bolehla tulis banyak-banyak kat blog.tehee. okay lepas rindu kat fariha sebab baru lpas skyping dengan dia. sejam kot! nanti yang lain-lain pun jom skype! dapat tgk kat screen ni pun boleh la ubatkan rindu kan?huuhuu:)


okay nk admit baru je tau mcm mana nak buat benda alah ni. hehe. 

p/s: add my skype! aentamiee

a new beginning

salam.
sebelum berangkat ke KLIA. HOME SWEET HOME!
by looking at those bags, you can expect how long i will be leaving malaysia:'( dah berazam nak kumpul duit & balik every year.hehe.

DEPARTURE. at first ingat sikit je yang hantar pergi airport.alhamdulillah, sangat terharu sebab ramai yang ikut hantar. thanks a lot!

loved ones.ibu,anem,abg fifi &bijam. enna & ayah je takde:'(
ibu, semestinya ain akan merindui ibu sangat,okay fine dah start mengalir air mata ni:'( u're the best beb mom ever! i will make you proud, ibu. i love you so much!
hanim, you'll end your primary school soon, so be prepared to another step of life. i hope you'll get flying colours in upsr&  rajin-rajin tolong ibu kat rumah:D 
abang fifi, take care of your health, control your emotions and jagakan ibu.
bijam the becoming doctor, all the best in practical years and take care.
enna, even kita tak dapat jumpa, ain still rasa enna dekat je sbb enna selalu bagi support & bagi barang-barang. hehe. thanks sister! jangan tension, jaga diri baik:) 
ayah, walaupun ayah tak selalu ngan ain, i'll always pray for you. semoga ayah sentiasa sihat, dan mendapat keberkatan ilahi. 

i love my family.
lovely cousins, naimah & hanis.

family. HOPE TO SEE YOU AGAIN:') thnks to maksu & family, kak syida & family


super girls:) XOXO



lee& fariha thnks sudi hantaR. hadiahh tu comel sangat. aku dah letak kat tepi katil & tengok hari-hari:D
kak fiza thanks for being such a good sister:)your hadiah lupa nak bagi. nanti kita balik kita bagi kay!



jay-jay thanks datang dari jauh & temankan ayie datang KLIA. thanks jugak sebb bersepakat dengan ayie. mula-mula cakap taknak datang at last muncul tiba-tiba(!) nasib baik takde heart attack! ayie, you jaga diri baik-baik. and thanks for everything especially those suprises! 

 am so glad to have a big circles of friends that love me. haha. bunyi macam perasan tapi betul. and most important thing is I LOVE THEM TOO. korang, seriously am not such a good writer. i did cry when im reading blog of raisya, ayeesha, mahfuzah &lee. they can write their feeling towards me but am not:( but friends, bear in mind that i never forget every moments we had and takkkan takkkan lupakan korang semua langsung! friendsforever.

THANK YOU THANK YOU THANK YOU
my doa always for you.






LAST GOODBYE:'(
credit to ayie.

 JORDAN, HERE I COME.alhamdulillah:)



i love malaysia. teheee.

landing. jordan, here i come!

irisyah, roomates:) 

IRBID,JORDAN.





our room at sakan sahawneh.
so i'll be staying at sakan sahawneh for the first year. it is furnished and i live with irisyah. sewa memang mahal. each person have to pay 95JD per month! 1JD more less to RM5. tapi nak buat camane sebab kitorang dapat large room so kena bayar lebih:( 

first trying by munirah,peach,irisyah & me!
so far, ni je and beberapa makanan sampingan yang kitorang masak sendiri since lately seniors ajak makan rumah diorang. rezeki kot! hehe.

this is one place at my university. JORDAN UNIVERSITY OF SCIENCE & TECHNOLOGY  (JUST) perjalanan nak ke JUST agak memenatkan since we have to walk to the bus station for 20 minutes then we take coaster to go to JUST for another 20 minutes. haha, harapan untuk gemuk macam susah je. but bak kata kakak-kakak ni semua akan gemuk bila musim winter ni:D sekarang dah penghujung summer but cuaca still panas.

about lecture, i only had two classes yesterday which were arabic & english.sungguh mencabar bila nak fahamkan kecture sebab lecturer guna banyak bahasa arab. so bila diorang buat lawak, mmg senyum kambing jelah sebab tak faham ape:( so i've to work hard for this! go ain!

sekarang everything kena buat sendiri. yang ada suma kawan-kawan dengan seniors. banyak lagi yang kena belajar.semoga Allah permudahkan segala urusan kami di sini dan sentiasa mendapat barakah dariMU. 
InsyaALLAH.


i think thats all. actually banyak je nak cerita tapi dah tak larat dah nak tulis.TEHEE. TAKE CARE EVERYONE! salam.

Thursday, September 16, 2010

off for goods

salamsemua. 


IBU AYAH ENA ANEM BIJAM ABG AYIE KAK FIZA FARRA MAZNI FARIHA LEE MAHFUZAH FAEQA. & everyone that always gives support to me.thank you.


 only God knows how much i love these people and who are them in my heart. i'll be off more less than 20 hours from now, bring all hopes and dreams to be fulfilled. i-Allah, i'll try my best for my success:)

SORRY if any wrongdoings, HALAL for everything!


gonna MISS YOU ALL, good luck, take care & be happy!



Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan Katakanlah perkataan yang benar, Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, Maka Sesungguhnya ia Telah mendapat kemenangan yang besar. (Al-Ahzab : 70-71)

Monday, September 6, 2010



salam. just for sharing:)

Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim'? Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya. Pernah dengar? Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di tingkatan 4. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab-bab kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi-lagi kalau masuk bab cinta-cinta ni. Baitul Muslim yang membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yang diredhai ALLAH, pada awalnya saya anggap adalah satu konsep yang mengajar kita cara-cara memilih pasangan dengan baik. Saya nampak bahawa Baitul Muslim ini adalah satu konsep supaya lelaki perempuan tahu bercinta dengan betul. Saya yakin, ramai yang beranggapan seperti saya.

Tapi, bila saya membesar, rupanya anggapan saya itu silap.

Baitul Muslim hakikatnya bukanlah setakat berkenaan dua insan, yang satu lelaki dan yang satu lagi perempuan. Tetapi hakikatnya, Baitul Muslim itu lebih lagi dari sekadar hubungan dua insan.
Baitul Muslim adalah salah satu tangga dari tangga-tanga ke arah pembinaan ummah yang diredhai ALLAH sebenarnya.

Masyarakat itu, terbentuk dari keluarga, keluarga itu terbentuk dari individu.

Sebab itu, Baitul Muslim ini bukanlah satu konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan, atau cara memilih pasangan yang betul. Tetapi, Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai ALLAH, keperluan mencari isteri@suami yang diredhai ALLAH, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan ALLAH, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat.

Dan semua itu, bukan bermula dari kita hendak mencari pasangan. Tetapi, itu semua bermula sedari saat kita berseorangan. Pengislahan diri, adalah permulaan ke arah pembinaan Baitul Muslim sebenarnya.

Hal ini, saya sedari ketika Cikgu Azmi Bahari, seorang guru di MATRI berkongsi pandangan berkenaan hal Baitul Muslim ini.

" Perkara Baitul Muslim ini, bukanlah kita fikirkan bila hampir nak kahwin. Sepatutnya hal ini kita fikirkan semenjak kita remaja lagi. Sebab perkara ini bukan perkara kecil. Perkara ini perkara besar"


Ya. Sebab, Baitul Muslim bukannya fasal nak kahwin dengan siapa, nak kahwin macam mana. Baitul Muslim hakikatnya adalah projek hendak membina ummah. Maka,
hendak membina ummah ini, perlu kita mulakan dengan diri sendiri.

Sebab itu, hal ini bukan untuk kita fikir ketika hampir kahwin. Kita perlu fikir semenjak kita remaja lagi.

Tapi ramai salah anggap. Mereka kata, mereka tidak mahu berfikir akan hal pembinaan keluarga ini kerana mereka tidak mahu masuk campur hal cintan cintun semasa belajar. Sebenarnya, anggapan bahawa Baitul Muslim adalah konsep cintan cintun adalah anggapan yang tertolak.
Baitul Muslim, adalah konsep pembinaan ummah. Berfikir berkenaannya, bukanlah kita berfikir kita hendak kahwin dengan siapa, tetapi kita berfikir bagaimana kita hendak membinanya bermula dengan diri kita.

Kita perlu mulakan dengan diri kita sebenarnya. Keluarga yang diredhai ALLAH tidak akan mampu dibangunkan hanya dengan usaha suami sahaja atau isteri sahaja. Maka, hendak atau tidak, jika kita mahu membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, kita perlu mulakan dengan membina diri kita.

Kita perlu nampak bahawa, nanti bila kita hendak berkahwin, kita perlu menjadi contoh kepada pasangan kita. Manusia itu tidak sama. Jadi, perlu ada rasa hendak lengkap melengkapi. Kita perlu nampak bahawa kita hendak menjadi penyokong kepada pasangan kita. Jadi, menjadi tanggungjawab diri kita untuk membina dan memperbaiki diri sedari hari ini.

Emosi, cara pandangan, cara pemikiran, harta, akhlak dan sebagainya, sudah perlu kita fikirkan. Adakah kita mampu membina keluarga yang diredhai ALLAH jika kita seorang panas baran? Adakah kita mampu menyara kehidupan keluarga kita dengan baik tanpa wang yang mencukupi? Adakah kita mampu memandu keluarga kita ke arah yang diredhai ALLAH jika cara pandangan dan cara pandangan kita tidak matang? Adakah kita mampu mendidik anak jika akhlak kita tidak baik?

Semua itu menyebabkan kita perlu bergerak ‘membina' Baitul Muslim semenjak hari ini. Bukanlah membina Baitul Muslim itu adalah dengan mencari pasangan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Tetapi, membina Baitul Muslim itu bermula dengan kita membina diri kita sendiri ke arah apa yang ALLAH redha.

Itulah maksud membina Baitul Muslim yang sebenarnya. Bermula dengan diri kita.


Barulah kita ada kekuatan untuk membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, mendidik pasangan kita ke jalanNya, membimbing anak-anak di atas keredhaanNya, sekaligus menjadikan keluarga kita keluarga yang ALLAH SWT suka.

Sebab itulah, kata orang, tarbiyah (pendidikan) anak-anak itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab,
mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak-anak kita.

Akhirnya, Baitul Muslim ini, bukanlah satu konsep cinta dua insan. Tetapi, Baitul Muslim ini adalah satu konsep untuk membina ummah. Pembinaan ummah, bermula dari diri kita sendiri.

Maka, apa lagi yang kalian tunggu?

Bergeraklah membina diri, persiapkan diri dari hari ini, untuk melakar masa hadapan yang indahnya abadi.