Wednesday, December 30, 2015

sedikit luahan

Saya selalu sukar untuk mengenal pasti perasaan atau terlebih dahulu merasai sesuatu perasaan namun cuba untuk menutupinya atau cepat-cepat ingin mengubahya - kerana takut untuk melalui hakikat perasaan itu, pada keadaan itu.

Situasi begini sering sahaja berlaku, (ahh) kerana menganggap dengan menutupi/mengubahnya, saya mampu untuk berdamai dengan keadaan. Sebenarnya lebih kepada ketakutan untuk melukai diri sendiri atau dengan kata lainnya, 'overprotective' dengan diri sendiri. Dan yang paling paling tidak menggembirakan saya  (dan juga orang lain), saya akan lebih tampak heartless walhal dalam hati sedang berperang dengan perasaan sendiri dan akhirnya menjadikan orang kedua yang sedang saya berinteraksi tertanya-tanya, tidak jelas, bingung dan terluka atas sikap saya yang angin tak tentu arah. Semua ini akan terjadi apabila saya susah nak terima keputusan orang lain sebab rasa diri sendiri dah fikir habis-habisan yang terbaik seterusnya saya akan mengambil keputusan untuk berdiam diri, memberontak dan dingin.

Maaf untuk yang terlibat, dan saya juga masih lagi dalam proses memahami jiwa sendiri.

Ditakdirkan entah bagaimana, saya menonton satu film yang berjudul 'Touched' yang mengisahkan seorang penulis yang sedang nazak menanti ajal kembali kepada hobi lamanya iaitu menulis (dan juga melukis) kerana mendapat sokongan daripada jururawat peribadinya. Kesannya, dia telah hidup lebih lama daripada jangkaan hayatnya walaupun dia membuat keputusan untuk menghentikan rawatan professional lebih awal! Rupa-rupanya dengan cara dia kembali menulis adalah sebaik-baik 'rawatan' untuknya.

Antara quotes Maria Boswell (pelakon utama) yang saya terkesan adalah;

"..kita tidak akan mengenali jiwa sebenar jika kita tidak meluahkannya"

Setakat ni, saya akan cuba belajar meluahkan dengan baik bermaksud walaupun mungkin akan masih tidak tepat, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengubah suasana menjadi lebih harmoni dan rahmah. Mungkin dengan diuji dengan kecelaruan sebegini sebenarnya saya perlu kembali menulis. (hahaaa akhirnya)

Saya yakin setiap manusia ada cara tersendiri untuk meluahkan perasaan masing-masing. Dek terlalu mengejar kesempurnaan, mungkin ada masa kita telah menipu perasaan, tetapi yang perlu bukankah menghayati perasaan yang sedang dilalui dan kendalikannya dengan baik sebagai cara win-win situation.

Benarlah, manusia itu diciptakan lemah -- akuilah dan terimalah. Jangan menganggap degan menjadi lemah kita akan kalah, tetapi percayalah dangan merasa lemah kita akan lebih merasa ada Yang Lebih Kuat, Lebih Melindungi, dan Lebih Kuasa dalam menentukan kehidupan kita - Allah.

Juga pada ayat ini,

"Sesungguhnya Allah membatasi manusia dan hatinya"

Saya dapat merasakan ayat ini bermaksud Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam hati kita dan apa yang kita zahirkan dan wajarlah kita sendiri tidak mengetahuinya sehinggalah Allah membenarkannya. Allahuakbar T.T

Baru juga tersedar, lahir pada akhir tahun ini ada hikmahnya (selain baru tahu yang tarikh lahir saya jatuh pada tarikh yang sama dengan Pak Anis Matta hahah) Antara hikmahnya, secara tidak langsung akan muhasabah umur sendiri dan juga sekaligus membuat muhasabah tentang tahun itu juga  (moga diizinkan.!)

Ada lagi sehari berbaki. Saya kira ini salah satu muhasabah terbesar saya untuk tahun 2015 dan umur 23 tahun ini. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki (termasuk cara tulis blog selepas dua tahun tidak menulis . ahah gelakkan diri sendiri lagi!)

Jumpa lagi (inshaaAllah)









Friday, September 27, 2013



Tak akan pernah hilang rasaku

Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantiMu- Nomad

untuk; si Pencipta langit


Saturday, March 9, 2013

tentang cita-cita

terasa kecil.segan.

mendengar seorang-seorang demi seorang menyatakan tentang cita-cita masing-masing.
kagum.


dan aku masih di posisi aku, menanti giliran untuk menyatakan cita-citaku pula. dalam kepala masih tercari-cari apa yang aku mahu sebenarnya dalam hidup ni ya?

bila tiba giliranku, masih belum ada jawapan.cuba menyusun baris-baris ayat untuk diluahkan.berat mulut untuk berkata-kata pada waktu itu.lalu aku hanya menjawab,

"hmm..apa yang saya rasa sekarang adalah ingin melakukan yang terbaik di posisi yang Allah letakkan sekarang sebab what we plant in the world, we will harvest it later in the akhirah insyaAllah.tu je."

segera menyerahkan giliran kepada orang sebelah kanan.it's not a cita-cita I think.itu hanya langkah-langkah menuju cita-cita mungkin?
apa cita-citanya?


sehingga pagi ini, ada rasa yang belum puas dalam diri ini. dan ada jawapan yang sebelum ini aku pernah sahaja merasainya tapi bukan itu yang terfikir ketika ditanyakan semalam.mungkin perasaan itu belum betul-betul terpahat dalam jiwa. arh.

cita-cita yang tersangatlah besar.
cita-cita yang dulu aku rasa 'ee.cliche nye orang baik-baik ni,sume sama je. entah tercapai entah tak'
cita-cita yang bukan calang-calang orang yang mampu mencapainya.


tapi itulah yang aku mahukan sekarang,di samping cita-cita lain yang aku ingin capai di dunia ni iaitu, tapi hanya satu yang paling aku ingini iaitu,

...

...

...

syahid di jalan. atau kata lainnya,
al-mautu' fi sabilillah.




sungguh.
syahid di jalan Allah yang aku mahukan.

cita-cita yang telah dicapai oleh sebahagian manusia yang hebat-hebat. sebagaimana jiwa-jiwa yang telah diabdikan di bumi yang aku diami sekarang.

Muadz bin Jabal,
Abdullah bin Rawahah,
Syurhabil bin Hasanah,
Amir bin Abi Waqas,
Jaafar at-Tayyar,
Abu Ubaidah,
Abu Darda',

semua figur-figur yang sudah melakukan yang terbaik di dunia hanya untuk mencapai cita-cita itu,dan kini aku pula ingin menapaki langkah-langkah mereka. biarpun ada suara-suara yang akan mengatakan,

"ey, impossible kot! belajar pun tak habis lagi, exam pun cukup-cukup makan sahaja, mutabaah amal pun tunggang terbalik, muwasofat pun tak cukup lagi, ada hati nak mati syahid. ingat main suka-suka nak letak cita-cita macam tu? tolonglah jadi realiti sikit."

suara itu pun telah kedengaran.suara pertama yang  mengatakan sebegitu hanyalah suara hati sendiri. yang dibisik-bisik oleh syaitan yang mencangkung di jurang hati setiap hati manusia. shhh.

tarik nafas panjang. bismillah. aku bercita-cita untuk mati

S.Y.A.H.I.D.

jika ada perbuatan ku yang masih compang-camping, tegurlah. jika ada kata-kataku yang hanya berlari laju tapi tak seiring dengan amalku, sedarkanlah. 

wassalam wbt.













Friday, November 23, 2012

burung ciak

poskad itu beralih dari satu tangan ke satu tangan.

"ha malam ni hafal siap-siap doa qunut nazilah ni.Esok kita baca dalam solat nak?"terdengar seorang bersuara. siapa yang mula-mula bagi idea ini saya tak perasan kerana tak memandang mereka yang tengah berkumpul di meja study mun.

 Doa qunut nazilah yang tertera pada poskad itu ditatap nadia ayat demi ayat.beberapa orang yang lain sibuk membelek pilihan poskad-poskad lain yang baru dipromosikan oleh mun.

saya yang tadi duduk kat meja study terus menoleh dan menyampuk,

"apa kata kita letak la kat hiasan sticker pokok kat depan tempat solat tu, nanti boleh tengok je kat situ"

"ala.tapi tak nampak. alang-alang ade sticky white board kat depan tu kita tulis besar-besar sebelum kita hafal." kata nadia.

semua setuju.

***

apa cerita boikot kau harini? saya bertanya dahulu. sejak beberapa hari ni, pasti ada isu boikot yang  dibangkitkan. isu yang mahu boikot ataupun tidak. sampai satu hari, dia belum menceritakan apa-apa pada saya.

"ahaha." Aifaa tergelak.

"aku suka la dengan cara afdlin shauki, orang sibuk suruh boikot tu, boikot ni, dia bagi alternatif terus. contoh orang tak nak makan McD, gi la makan kat NZ curry house. Kan bagus. Banyak je lagi pilihan-pilihan lain untuk orang yang memang high class sikit." Aifaa meyambung isu boikot yang ditanya saya tadi.

senyum.

***

elok-elok tengah sidai baju, teringatkan adik berdua yang datang sleepover dekat rumah. maka terimbaulah masa-masa di mana saya dan kawan-kawan masa kat intec dan masa mula-mula jejakkan kaki di sini dahulu. seorang-seorang nama dan wajah masing-masing dalam kepala otak. ada la dua orang yang terlebih menonjol dalam benak fikiran pada masa tu dan saya mula membandingkan mereka pada hari ini.

cantiknya masa berlalu.

mungkin la, tak nampak pun kesan kat palestin dengan apa yang tengah berlaku dalam situasi sekarang.

tapi isu palestin yang sebenarnya dah bertahun-tahun berlaku sejak dulu tu, tak seramai masa sekarang orang yang ambil tahu dan they try to give in something secara kecil atau besar. yang penting buat something.

itulah bezanya. boleh jadi, apa yang Allah nak tunjuk sekarang sebenarnya Allah tengah bukak pintu hidayah seluas-luasnya untuk digarap. contohnya, pakcik afdlin shauki. dia memang tak sependapat dengan kita bab cari rezeki nak ikut jalan yang mana, tapi bab palestin kita pun turut sokong dengan apa yang dia rasa.

moga dalam masa beberapa yang dah syahid macam Al-Jabari dengan beberapa yang lain itu, Allah ganti dengan manusia-manusia lain yang sedang usaha nak kembalikan islam. terbayang tak de la tu nanti syurga tu sunyi sepi kan? bukanke Allah cakap syurga tu seluas langit dan bumi? ^^

huhu. lama tak menulis. may Allah bless. jangan lupa baca kahfi! :)


p/s: ayat cerita atas tu tulis mana ingat je dan setelah digubah sikit. maklumlah memori ingatan tak berapa nak kuat .heh.

Sunday, October 28, 2012

dia mencari-cari tempat itu. tempat yang paling dia ingin-inginkan pergi selama ini. sebelum ini, dia hanya pandang dari jauh melihat seorang ahli keluarganya sampai. dan dia cuba meniru-niru gaya sepertimana kakaknya yang sudah sampai di sana. sebenarnya dia hanya merasakan apa yang dibuat oleh kakaknya di sana adalah sesuatu yang lebih baik untuk dirinya yang sudah meningkat dewasa. tak lebih dari itu.

tanpa disedari, dia sudah pun berada di tempat itu dan tanpa diketahui dia telah berada di tempat yang sama. pelik. ada di tempat yang sama, tetapi masih belum tahu di mana. apa yang dia tahu pada waktu itu adalah dia selesa dengan tempat itu dan ingin membiarkan dirinya terus berada di situ.

sampai satu masa, dia terpaksa berkorban. sedikit demi sedikit dan pada waktu itu, dia mulai tahu di mana dia berada. dirasakan, jalan yang dilihatnya kabur selama ini, terbuka satu persatu. walau dia tahu dia perlu berkorban, ada sesuatu yang mengubah jiwanya. dimensi hidupnya. iaitu keyakinan. bukan keyakinan yang menjanjikan wang ringgit atau pangkat, tapi keyakinan mendapat tempat di daerah sana. aamiin.



__________________________________________________________________________  


selalunya, apa yang Allah bagi adalah perkara yang tak disangka-sangka. ada doa dalam diam yang Dia kabulkan. ada mimpi yang Dia jadikan kenyataan. dan aku bersyukur untuk itu.

berapa banyak tempat, atau orang, atau apa-apa yang nak dibuat tiba-tiba ada depan mata. speechless? selalu sangat macam tu. sampai tak terluah. walhal reaksi tu langsung tak mencukupkan tanda kesyukuran untuk apa yang diberi.

kena latih diri jadi responsive. responsive dengan nikmat Tuhan.

bukan sekadar berpeluk tubuh, menikmati hari-hari tanpa perkara bermakna untuk dimanifestasikan untuk Dia.

sebab Dia dah letakkan manusia itu pada tempat yang sepatutnya manusia itu perlukan.


Saturday, October 20, 2012

short

memory of Masjid Umawi, Syria. 

"dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita menghadapi kesakitan (pula), sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah maha mengetahui, maha bijaksana" (An-Nisa:40)

masa perang badar & uhud, kedua-dua pihak; muslim dan quraisy pernah merasai kesakitan yang sama. berbezanya mereka adalah dari segi perasaan, pihak muslim ada Allah.

jahiliyyah pun bersusah payah sehabis baik nak jatuhkan islam, tapi bezanya orang beriman berusaha untuk kejar redha Allah.


___________________________________________________________

"yang qawiyy (kuat) itu terletak pada istiqamahnya dia kepada Allah."-quoted

err. nak istiqomah dalam menulis pun susah kan? lebih-lebih tulisan yang mampu menebus hati nurani.eceh.

huu.

nak sempurnakan semua benda dalam keadaan diri yang serba kurang,tak mudah.

___________________________________________________________

ayah dah bertolak ke baitul haram. nak ikutttt. one day insyaAllah:')


___________________________________________________________

dah nak exam dah. doakan!







Tuesday, September 18, 2012

mencari kemanisan





tona lautan hijau kebiru-biruan aku lihat jauh-jauh dari teluk Alma di pulau magnetik itu. sementara si teman sedang seronok bermain air. di kala angin bayu mengalun lembut wajahku,terasa ingin selamanya di situ sehingga senja dan hari-hari seterusnya untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhanku. realitinya, kini aku sudah pun di airport Doha untuk menunggu penerbangan ke Amman tengah hari nanti. tak mengapa, aku biarkan memori di situ menjadi bekal hari-hari yang mendatang.

pertemuan dengan lelaki itu adalah satu aturan Allah yang aku sendiri tidak jangkakan kerana pada awalnya aku lebih memilih untuk tidur lebih (huhu) dan membiarkan kakakku mengulang kaji pelajaran. manakan tidak cuti seminggunya habis digunakan untuk menemani dan melayan kerenah aku.hehe

ucapan pertama yang dia ungkapkan adalah "salam'alaykum". agak mengejutkan kerana ini adalah peluang pertama kaliku disapa oleh orang inggeris muslim sepanjang berada di benua Australia! tapi itu hanyalah angan-anganku yang mungkin tercapai entah bila. kerana dia bukanlah seorang muslim, tetapi seseorang yang bukan juga Atheis.Yang dia percaya, di sebalik alam ini, ada sesuatu yang menciptakannya dan dia juga tidak mengiakan kewujudan banyak Tuhan. subhanallah, tersangat hampir dengan ISLAM!

bila teringat tentang ini, lantas kisah Ibrahim yang tercatat di surah al-an'am ayat 76-79 bermain-main di mindaku.

disangkakan bintang yang berkilauan di kepekatan langit malam itu Tuhannya, tetapi menidakkan apabila ia terbenam di siang hari. Dilihat pula bulan yang menjadi penerang bumi di kala malam hari, dia juga menidakkan ia apabila terbenamnya bulan itu. tetapi apabila dia melihat matahari yang lebih besar dari keduanya tadi, dia fikirkan itulah Tuhannya. tetapi saat terbenamnya matahari di bawah garis ufuk di bahagian barat, dia termasuk orang yang menyekutukan Tuhan jika dia memilih untuk mengatakan itu adalah penciptanya. dan akhirnya Allah telah memilih Ibrahim sebagai orang yang berserah diri kepadaNya.

:')

apabila membaca ayat-ayat ini, tak dapat dibayangkan kesyukuran Ibrahim pada waktu itu. sungguh mengharukan saat Allah mengakhiri pencarian Ibrahim kerana kesungguhan dia untuk mendapatkan kebenaran. tetapi saat membaca kisah ini, sudah cukup bersyukurkah diri yang sudah dilahirkan daripada perut insan yang yang menganut agama Allah ini. dan bagaimana pulakah kisah lelaki tadi yang belum lagi mendapat hidayah dari Allah walaupun banyak tempat yang dia jelajahi, dihabiskan sisa-sisa hidupnya mencari Yang Satu? allahua'alam.

saat menjadi yang terpilih, mencari kemanisan dan menterjemahkannya pada amal-amal yang menuju redhanya adalah perkara yang aku ingin-inginkan daripada diriku. moga-moga.

jalan ini masih panjang! :)

hasbunallah wa ni'kmal wakil.

salam'alaykum.

p/s:jangan itu aksi cuti terlebih ni.




Saturday, September 1, 2012

marilah berpetang-petangan

S   : listen,what do you hear?
LL : nothing
S   : I hear everything. You wrote the world doesn't need a savior, but everyday I hear people crying for one.

***

mungkin punya kesempurnaan fizikal yang sama,
tetapi mungkin saja keupayaan boleh jadi berbeza,
walaupun ada batasannya, setiap dari ciptaannya pasti punya cara.

bukanlah Dia memahukan seorang sahaja penyelamat dunia,
malah mengalu-alukan sesiapa sahaja,
yang sentiasa mengharap pertemuan denganNya.

ahah.affected from anwarhadi's latest video +.+"


***



sometimes, u just need to be extra creative to turn out a thing that u wish to do it for a long time to another.*brainstorm*

Friday, August 31, 2012

a freedom; journey to A Date





bebaskan diri dari perkara yang sia-sia, manfaatkan masa yang ada, ok nur ain?

salam eid fitr:)



Monday, August 6, 2012

lari

hari ke-16 ramadhan. usai solat subuh. seperti dapat nafas baru bila dengar nasihat dan kata-kata dia.tidak pernah terjangkau dek akal fikiran yang beratus batu jauh pun dipisahkan, kerana pelukan hidayah Dia membuatkan kami tidak lagi hanya berbual kosong di telefon. mana taknya, seorang kena campak jauh kat benua australia sana, yang sorang lagi memang kena campak lagi jauh kat timur tengah tu. hah. memang padan la kan sebab kalau duduk dekat memang kerja nak menyakat je.

 Al-fattah, Dia bukakan hati dua manusia yang sedarah sedaging ni untuk merasa tegukan iman dan menikmati kemanisannya. pada awalnya, awkward nak sebut pasal islam sangat.datang dari keluarga biasa-biasa yang ibu dan ayah tidaklah mengabaikan kewajipan basic islam. still, even solat lima waktu, banyak sangat lagi yang tak tahu sebelum kenal semula dengan Allah dan Islam. Alhamdulillah Allah ya Wadud bagi lagi peluang. Alhamdulillah:)

selalunya, ramai orang berkata-kata dan beri nasihat dekat diri. tapi tak semua yang lekat. sebenarnya yang melekat tu lah kata-kata yang kena pada masa hati perlukan. itulah tarbiyyah. dan pagi ini, satu kata-kata yang boleh kira kalau cerita dekat orang lain yang bukan dalam keadaan itu, akan rasa biasa.

antara initipati kata-kata itu adalah something dengan niat sebenar tinggalkan sesuatu. lebih kurang macam ni lah,

'nak buat ni sebab dia ke betul-betul sebab Allah'

'kita cuba avoid selagi mana kita boleh avoid, macam mana kita nak hidayah Allah tu sampai dekat adik, bijam and abang, macam tu lah kena rasa dekat dia jugak.'

'dengan cara perbuatan kita pun boleh tunjukkan kefahaman kita tanpa perlu explain pada dia'

dan saya rasa makin kuat bila mendengarnya. dan bukanlah kata-kata itu hanya untuk satu peristiwa yang berlaku, tapi lebih dari itu. untuk saya meneruskan percutian saya di tanah air. sebab tak mudah. kalau dekat Jordan, semua masa adalah hak sendiri. tapi bila balik, kena compensate masa dengan orang lain plus ada di bawah tanggungjawab parents.

'yang sebenarnya masa adalah milik Allah.jalan ni tak janjikan masa lapang sebab semua perlu diperdagangkan, untuk manusia lain.' pesan seseorang. danggg sekali T__T

kalau boleh tak nak lukakan hati sesiapa balik ni. insyaAllah. 

untuk ramadhan yang berbaki, banyak lagi yang perlu saya kejar. tak boleh nak salahkan takde bi'ah macam dekat Jordan sebab sebelum balik, si 'mama' cakap, kita puasa dan beramal pada bulan ramadhan bukanlah secara waqi'e (mengikut tempat), tapi kita yang kena bawa ruh tu balik. sobbs.T.T

"bagaimana awak membina diri awak sendiri. Medan pertama kamu adalah diri sendiri."-quoted

okay. no more excuses. hu. 

matahari dan bulan. dua-dua menerangi:') tunjukkanlah aku jalanMu Allah.

p/s: aaaa.nak lari laju-laju tinggalkan encik J yang mampu merosakkan jiwa raga. nak kejar Allah sampai dapat jumpa depan mata satu hari nanti. ameen.

p.p/s:actually, post ni untuk semalam.tapi semalam internet errr.faham-faham je k malaysia macam mana.hu



*J=jahiliyyah



salam'alaykum.

Thursday, August 2, 2012

never ending process


ramadhan is the best time for a better change. cubalah! ;')

Friday, July 6, 2012

rumah dan si penghuni

salam'alaykum.

kalau musim sejuk yang lepas, adalah musim saya mengajar hati saya untuk mencuba,musim bunga pula membawa hati saya untuk terus dikuatkan,maka mungkin musim panas ini, mengharapkan hati saya untuk dibersihkan. kalau boleh mahu saja dibersihkan, secuci-sucinya sebelum tiba ramadhan. nak hilangkan segala debu-debu yang dibawa tiupan angin musim ini.bermusim sungguh!heh.

terbayang pohon kertas di halaman tepi rumah, masih kekal begitu.berimbun bunganya,sentiasa segar daunnya. iman juga seharusnya begitu dan tidak mengenal musim.hati ibarat rumah, manakala iman ibarat penghuninya.selagi iman masih menjadi penghuni setia rumah hati, dikencang sekuat mana pun ujian memukul rumah, masih ada iman yang akan melindungi daripada terus roboh dan hilang harapan. 


sepanjang musim panas ini, saya kira rumah hati saya dilanda dua hari bermakna-hari hujan dan hari yang dipenuhi kepulan-kepulan awan.


semoga hujan kelmarin, membersihkan rumah hati saya, agar iman si penghuni selesa mendiaminya,
semoga redup kelmarin, tidak memudarkan warna rumah hati saya agar iman si penghuni tidak jemu dengannya.


siapa sangka, dalam musim sepanas ini, Allah berikan kejutan yang tidak disangka hanya untuk lebih menghargai dan merindukanNya.Alhamdulillah:)




Monday, June 11, 2012

separated by border

hujan pada malam itu gagal mematahkan semangat ahli kembara untuk meneruskan perjalanan ke Clonskeagh Mosque berhampiran UCD. dalam keadaan hampir basah kuyup itu juga, masa diambil untuk berkongsi cerita dengan dia. 

awalnya, dia yang bertanya saya tapi saya masih belum dapat menjawab pertanyaan pada masa itu.malah saya pula menanyakan soalan itu kembali pada dia.

"ape yang akak  dapat mase dekat jordan hari tu?"

"masa saya pergi ke makam-makam sahabat kat jordan yang paling saya terkesan. saya rasa macam nak terjun je dalam makam tu."

"kenape pulak?"

"bayangkan mereka tu tentu-tentu syahid.dan lepas tu juga saya dapat kekuatan baru untuk buang apa yang saya patut buang dari diri saya."

lama saya fikir tentang jawapan dia malam itu.sebabnya, saya rasa dia macam dah cukup semuanya. ada lagi ke bahagian dari dirinya yang perlu dibuang jauh-jauh.emm.

****************

rasa macam tak peka langsung dengan jiran sendiri. ingatkan tragedi sembelih-sembelih tu baru-baru je berlaku.dah hampir berbulan-bulan dah pun.ingatkan rejim assad tu kejam tahap bom dengan tembak je.sekali lagi dasyat dari tu.Allah..

hari ni,hidup macam penuh nikmat,pergi kelas 45 minit dah balik rumah semula tanpa sebarang halangan. sekurang-kurangnya masih ada tempat nak pulang, rehatkan diri.lebih-lebih musim panas sekarang.memang rasa 'reheat' dalam microwave bila duduk dalam coaster sementara tunggu penumpang lain.

kalau nak diikutkan, jarak Jordan-Syria berapalah sangat.kalau dari Amman ke Damascus tu, KL dengan JB pun lagi jauh. Tapi kehidupan antara penduduk dua negara ni, amatlah berbeza. yang dekat Jordan, masih boleh lagi pergi uni, jalani hidup macam biasa. tapi yang dekat Syria, manusia saling berbunuhan. nak pergi uni?

Jordan-Syria border

kerana hanya kita dipisahkan dengan border. 
kerana hanya kita lain pemerintah.

oh tak adilnya!


*****************

patutlah.

memang patutlah dia teringin nak terjun dalam makam tu.para sahabat dulu, sanggup syahid nak pertahankan islam. sekarang, lebih dari 8000 orang islam di syria meninggal dunia, umat islam yang lain tak mampu pun nak pertahankan. 

T.T


"manusia bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari kiamat.Katakanlah, "ilmu tentang hari kiamat itu hanya disisi Allah."Dan tahukah engkau boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya."(33:63)

yang pastinya,islam memang dah dijanjikan menang suatu hari nanti apabila kiamat hampir menjelang.kalau zaman Allah turunkan ayat ni,Allah kata kiamat sudah dekat waktunya, dah tentu waktu sekarang hari kiamat lebih dekat, dan kemenangan islam pun dah makin dekat. tak terujakah?

at the end of the day, we decide. nak jadi those spectators or being a part of the winning team?

taken by pakcik polaroid at Damascus, in front of Salahuddin Al-Ayyubi monument one time ago

wallahua'lam.salam'alaykum.

Wednesday, June 6, 2012

sayuu

dari jauh melihat barisan para graduasi itu.melihat dengan senyum panjang, dan kesyukuran dalam hati.

"dah tiba dah masa mereka".

sorakan kegembiraan berterusan apabila satu-satu nama new doctors disebut.

tah.tiba-tiba rasa angin senja memedihkan mata. menyebakkan rasa. oh tak lama lagi, mereka akan pulang ke tanah air.saat yang ditunggu-tunggu keluarga dan masyarakat.

tapi yang di sini, kalau boleh nak biar mereka terus di sini. mana taknya, umur mereka sebaya dengan kakak kandung sendiri. memang sesuai lah jadikan mereka macam kakak sendiri. heh.

mase kecik-kecik dulu, (masa baru sampai) merekalah yang pertama menyambut, merekalah yang melayan kerenah, mereka juga lah yang membawa jalan-jalan. pernah sekali, teringin sangat nak pergi ke umm qays, dan si kakak jugalah yang berusaha sedaya upaya ada kan masa untuk pergi ke sana. hewhew:')

dan yang paling penting, mereka jugalah yang memulakan sesuatu dalam diri ini.

memperkenalkan erti sebuah kehidupan.

kehidupan mengenal semula Allah.
kehidupan mengenal semula tujuan hidup untuk beribadah dan khalifah.

alhamdulillah:')

*********************************************************************************

first-timer

sambil bersiap-siap, sempat bertanya pada si kakak.

"akak, susah jugak kan nak buat benda yang pertama kali kita nak buat?"

"tapi segala-segalanya bermula dengan langkah pertama." dia menjawab ringkas sambil tersenyum.

betul. kalau tak cuba, memang takkan buat sampai bila-bila. tetapi langkah pertama tanpa sokongan orang sekeliling. nah, mungkin sekejap sahaja akan terjatuh semula. bayangkan sahaja anak kecil yang mahu belajar bertatih, begitulah juga perasaannya. berdiri jatuh bangun semula berdiri jatuh bangun semula sampai pandai berjalan, dan sehinggalah berlari.

moga-moga larian dalam kehidupan ini tak menemui jalan penat lelah.seorang teman berkongsi , dalam penat lelah itulah sebenarnya kerehatan seorang da'ie.

dai'e untuk diri sendiri.
dai'e untuk orang lain.

moga-moga.

..kerana Allah itu tujuanku:')

salam'alaykum.

p/s: nama blog baru.peace^^V

Sunday, May 27, 2012

best analogy

A conversation over tea : Of homelessness and hot rides.
____________________________

“Tak adil la kalau kita nak judge pasal Islam dengan tengok orang Muslim sekarang sebab kebanyakan Muslims sekarang ni pun bukannya betul-betul seratus peratus practice Islam.Tapi walau horrible macam mana pun seorang Muslim tu,Islam itself masih cantik jugak.”

“True.”

“Nak pakai contoh mudah,kita pakai analogi orang homeless dengan Ferrari sebijik la.Kalau kita tengok Ferrari merah seksi berkilat tu sebijik depan mata kita,tengok dari angle mana pun memang tetap lawa.Walaupun kalau letak Ferrari tu tengah-tengah kawasan setinggan.Lagi la nampak lawa sebab relativity dengan environment keliling buat dia nampak lagi lawa kalau nak banding letak dia kat tengah-tengah showroom."

Sudu mengacau teh di dalam mug. "Kira macam realiti sekarang la.In the midst of moral decay yang segala benda rosak and corrupt,lagi la Islam tu nampak macam sinar percahayaan agung ulung yang boleh menentang kegelapan azali,gitu?"

Terdiam.

"Kau terkedu tu sebab analogi aku ke laut ke,kau speechless?"

"Speechless dengan analogi kau punya bahasa." Sengih. "Tapi betul la tu."

Sengih berbalas.Sudu diletak ke dalam piring.

"Dan kalau kita nak pakai analogi a not-so-good-Muslim yang membawa Islam kononnya,boleh je kalau kita nak bayangkan orang homeless yang selekeh comot habis tu bawak Ferrari lawa tu.Ferrari tu masih tetap lawa.Tak kisah la siapa yang bawak pun.Ni bukan contoh aku reka,ni contoh yang aku baca.”

"Tapi berapa ramai antara kita yang jadi driver Ferrari yang selekeh serabai tu?" Mug teh dicapai.

Angkat kening double-jerk. "Nak jadi driver Ferrari yang smart kena usaha la.Ingat nikmat Ferrari tu sendiri senang nak dapat?Heh."

________
mari kita sama-sama jadi 'driver' Ferrari yang smart pakai tux atau yang sebangsa dengannya.kalau serabai nak bawak Ferrari apa kes?mencemar daulat Ferrari itu namanya,no?

may Allah bless.



by Hlovate


***********************************************************************************


this is the best analogy i think to clear each of muslim about islam.consider for my so-little-reading writings of Irshad Manji,betapa saya kasihan kepadanya kerana belum menjumpai keindahan islam yang digambarkan indah dalam kitab suci Allah itu kerana kebanyakan muslim sendiri tak mampu menjadi 'driver' yang smart pakai tux atau sebangsa dengannya.

let us strive, to be a better muslim insyaAllah:)


Tuesday, May 22, 2012

antara

salam'alaykum.

one of the risk factors for root caries is,

lack of access and/or interest in dental service.

antara minat dan keperluan macam contoh atas ni-sakit, siapa yang menang?

kata lainnya, antara main internet,shopping,jalan-jalan dengan baca buku,quran,etc, siapa yang menang?

terserah.

uh-uh.bahaya bila minat melebihi dalam keperluan.sedang keperluan itu yang diperlukan.
tapi minat pun boleh menimbulkan keperluan, dan sebaliknya. eh.


dah.sambung-sambung study;)

Saturday, May 19, 2012

ilham si tersembunyi.

jika dilihat dalam-dalam dengan mata kasar ini,
penglihatanku masih lagi terbatas.

bukan kerana kau bersembunyi,
tetapi kau lebih rela begitu.

kau merendah diri ya?

dalam diam kau mempertahankanku dari kawanmu yang akan menyakitiku,
dalam diam juga kau mengubatiku.

terima kasih, mikrob:')

......................................................................................................................................

bila melihat sesetengah manusia,
aku sering terimbau, 'oh itu aku dahulu'

mungkin, salah satu yang menjadikan aku hari ini,
kerana doa si tersembunyi.

terima kasih:')



Friday, May 18, 2012

berpegang erat

here, the final three;

19th may - dental anatomy
21st may - oral histology
23rd may - cariololy

seperti melihat diri membesar kembali.ayah jadi coach, practice sampai tak perlu pakai arm band, bila dah pandai cuba-cuba pergi tempat dalam sikit. pandai lagi, lawan siapa berenang paling laju.

sekarang, melihat  kanak-kanak itu pula membesar. sama.

hey budak-budak. tunggu la.tunggulah nanti.heh.



 kanak-kanak tak cukup gigi ; afrina, umairah, solehah, aisyah, sarah (depan)

salam'alaykum.

...pegang teguhlah dengan apa yang Kami berikan padamu..
(2:63)

Sunday, May 13, 2012

waiting.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

she is waiting there, patiently and keep praying. so that her daughter can go back soon (in August) insyaAllah.
i love you, ibu.

1 paper down,
next, 3 papers straight in a row, 
15th may - head & neck anatomy
16th may - oral physiology
17th may - microbiology.


phewphew. 

(12:67)

Monday, May 7, 2012

dekat tapi 'jauh', jauh tapi 'dekat'


Dulu aku bertanya, mengapa namamu yang berulangkali disebutNya dan kisahmu yang bertebar merambah hampir tiap surah bahkan Allah menetapkan; kau terkisah untuk menguatkan jiwa hati dan rasa seorang Nabi penutup masa. Ya, kini aku tahu.. betapa tak mudah menjadimu hai Musa. 

Mengemban risalah dalam keadaan yang serba tak sempurna kau tak fasih bicara, sulit berkata-kata dan sebab khilaf masa lalu, kau tersalah membunuh maka saat wahyu turun, air matamu menitik, tubuhmu berpeluh dalam kesadaran akan beratnya beban, kau mengeluh, 

“Bicaraku gagap, lidahku kelu, aku takut mereka akan mendustakanku.. dan pada mereka aku berdosa sungguh, aku takut akan dibunuh"

Ya, kini aku tahu, sungguh tak mudah menjadimu sebab dalam keterbatasan itu, Allah berikan untukmu lawan penuh kuasa perbendaharaannya kaya, kerajaannya luas, tentaranya perkasa punggawanya setia, lagi taat, buta mengaku tuhan tertinggi, dia merasa berkuasa atas hidup dan mati dan kau.. kau terhutang budi masa kecil padanya.

Dan tahukah kau duh Musa, kelak kaum yang kau pimpin yang kau bimbing bebas dari perbudakan tiran yang menyaksikan sejuta kuasa Allah menaungi mereka akan berlomba membangkangi Allah dan mendurhakaimu?

Malam ini kususuri kisahmu, dan aku takjub atas takdirNya, masa lalumu tak sempurna, kau terpilih memikul risalah suci, dan kau didustakan sedang Muhammad dipilihNya dari pribadi yang terjaga sempurna dia memikul risalah dengan gelar al amin yang masyhur sudah tapi diapun tetap didustakan mungkin sebab itulah kisahmu selalu menjadi penguat hatinya di saat-saat berat, Muhammad mengenangmu dan melirihkan gumam,

“Semoga Allah menyayangi saudaraku Musa.. sungguh ia dicobai lebih menyakitkan dari ini”

Malam ini duhai Musa, kususuri kisahmu aku tersenyum, alhamdulillah, kau membuatku merasa beban-beban da’wah ini hanyalah seberkas kapas tapi di sisi lain, menelisik ceritamu, mataku basah,

“ahh.. surga, rasanya masih jauh, sangat jauh..”

sepenuh cinta. Salim A. fillah



- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivh1XVvTZ9GaDTwagZcHWPg6EAOt_LmWyJfCbcVntDjWvPubfJoKvqVzUgfJ21Cf49G0kY-zKX1A4tJKxU4olBWokhQi_UlC568xVsTUrLUCl2038znduOeBXUj9EeNQ0w0ZnpnHZW9KY/s320/Downloads.jpg
roses tepi rumah.
kalau sekuntum pun dah cantik, kalau banyak bertambah lah lagi cantik:)

jarak masa, atau tempat bukanlah penghalang untuk merasakan dua hati saling menguatkan, kerana jarak yang dekat ataupun kadar pertemuan yang selalu pun belum tentu boleh saling berpautan.kerana sebenarnya kedua hati itu 'jauh'.

tapi walau macam mana jauh pun kedua 'hati' itu, perlu cepat-cepat didekatkan, kerana melayari kehidupan seorang diri tu tak mampu dilakukan oleh sesiapa.

even Musa punya tubuh yang kuat sehingga seseorang terbunuh dengan hanya sekali pukul, dia juga memerlukan Harun. 

even Muhammad boleh dikatakan manusia paling tinggi akhlaknya. tetapi tanpa Khadijah, Aisyah, Abu Bakar, Uthman, Umar dan Ali, belum tentu Muhammad berjaya sehingga mampu membuka Madinah dan menawan semula Mekah.

apatah lagi manusia biasa yang tidak mempunyai semua kekuatan itu?
lagilah memerlukan bahu-bahu untuk disandarkan dengan harapan untuk dipulihkan.

dan untuk awak,awak dan awak yang dekat, maafkan jika diri terkadang membisakan kalian. mungkin compang camping pada hati ini, membuatkan anda terasa 'jauh' walau sebenarnya jarak kita dekat.

dan untuk kakak yang jauh di sana, jarak hati kita tersangatlah dekat. tetapi izinkanlah  juga sebahagian yang lain merasakanmu 'dekat'. kerana ain tahu, mereka juga memerlukan enna.

sebab nanti bila kita memang dipisahkan bukan hanya dengan jarak, tapi lebih pada itu, kita masih saling merindui dan meyakini yang kita akan dekat semula.tu yang kita ingin-inginkan, kan?

saat-saat peperiksaan makin dekat, banyak syndrome yang selama ni boleh je resists, tapi masa ni pula susahnya lah.haih betul.

eh.sabar,sabar. mungkin ni ujian untuk dapat extra marks di sana kalau kita berjaya melawannya?


“ahh.. surga, rasanya masih jauh, sangat jauh..” 


doakan,untuk semua berjaya dalam exam akademik kali ni, dan exams kehidupan yang seterusnya..
doakan juga, sahabat kepada sahabat yang baru sahaja meninggal dunia petang tadi:(

..dan Allah la sebaik-baik tempat bergantung:)