Friday, August 31, 2012

a freedom; journey to A Date





bebaskan diri dari perkara yang sia-sia, manfaatkan masa yang ada, ok nur ain?

salam eid fitr:)



Monday, August 6, 2012

lari

hari ke-16 ramadhan. usai solat subuh. seperti dapat nafas baru bila dengar nasihat dan kata-kata dia.tidak pernah terjangkau dek akal fikiran yang beratus batu jauh pun dipisahkan, kerana pelukan hidayah Dia membuatkan kami tidak lagi hanya berbual kosong di telefon. mana taknya, seorang kena campak jauh kat benua australia sana, yang sorang lagi memang kena campak lagi jauh kat timur tengah tu. hah. memang padan la kan sebab kalau duduk dekat memang kerja nak menyakat je.

 Al-fattah, Dia bukakan hati dua manusia yang sedarah sedaging ni untuk merasa tegukan iman dan menikmati kemanisannya. pada awalnya, awkward nak sebut pasal islam sangat.datang dari keluarga biasa-biasa yang ibu dan ayah tidaklah mengabaikan kewajipan basic islam. still, even solat lima waktu, banyak sangat lagi yang tak tahu sebelum kenal semula dengan Allah dan Islam. Alhamdulillah Allah ya Wadud bagi lagi peluang. Alhamdulillah:)

selalunya, ramai orang berkata-kata dan beri nasihat dekat diri. tapi tak semua yang lekat. sebenarnya yang melekat tu lah kata-kata yang kena pada masa hati perlukan. itulah tarbiyyah. dan pagi ini, satu kata-kata yang boleh kira kalau cerita dekat orang lain yang bukan dalam keadaan itu, akan rasa biasa.

antara initipati kata-kata itu adalah something dengan niat sebenar tinggalkan sesuatu. lebih kurang macam ni lah,

'nak buat ni sebab dia ke betul-betul sebab Allah'

'kita cuba avoid selagi mana kita boleh avoid, macam mana kita nak hidayah Allah tu sampai dekat adik, bijam and abang, macam tu lah kena rasa dekat dia jugak.'

'dengan cara perbuatan kita pun boleh tunjukkan kefahaman kita tanpa perlu explain pada dia'

dan saya rasa makin kuat bila mendengarnya. dan bukanlah kata-kata itu hanya untuk satu peristiwa yang berlaku, tapi lebih dari itu. untuk saya meneruskan percutian saya di tanah air. sebab tak mudah. kalau dekat Jordan, semua masa adalah hak sendiri. tapi bila balik, kena compensate masa dengan orang lain plus ada di bawah tanggungjawab parents.

'yang sebenarnya masa adalah milik Allah.jalan ni tak janjikan masa lapang sebab semua perlu diperdagangkan, untuk manusia lain.' pesan seseorang. danggg sekali T__T

kalau boleh tak nak lukakan hati sesiapa balik ni. insyaAllah. 

untuk ramadhan yang berbaki, banyak lagi yang perlu saya kejar. tak boleh nak salahkan takde bi'ah macam dekat Jordan sebab sebelum balik, si 'mama' cakap, kita puasa dan beramal pada bulan ramadhan bukanlah secara waqi'e (mengikut tempat), tapi kita yang kena bawa ruh tu balik. sobbs.T.T

"bagaimana awak membina diri awak sendiri. Medan pertama kamu adalah diri sendiri."-quoted

okay. no more excuses. hu. 

matahari dan bulan. dua-dua menerangi:') tunjukkanlah aku jalanMu Allah.

p/s: aaaa.nak lari laju-laju tinggalkan encik J yang mampu merosakkan jiwa raga. nak kejar Allah sampai dapat jumpa depan mata satu hari nanti. ameen.

p.p/s:actually, post ni untuk semalam.tapi semalam internet errr.faham-faham je k malaysia macam mana.hu



*J=jahiliyyah



salam'alaykum.

Thursday, August 2, 2012

never ending process


ramadhan is the best time for a better change. cubalah! ;')